Masyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Balung
Acara tersebut di mulai dengan ucapan daripada Pengetua Cemerlang iaitu Encik Muhammad Nor Hj Sima. Di dalam
ucapannya beliau menekankan pentingnya kerjasama di antara ibu bapa dan guru di dalam memastikan pelajar mendapat ilmu yang secukupnya apabila berada di sekolah seterusnya mendapat keputusan yang baik di dalam setiap peperiksaan yang di hadapi. Beliau juga melahirkan rasa yang sangat bersyukur kerana PIBG dan sekolah
dapat bekerjasama di dalam setiap aktiviti dan setiap perancangan yang sedang dan akan di jalankan tanpa persengketaan yang mungkin menyebabkan murid yang menjadi mangsanya.' Sebagai contoh ada PIBG sekolah yang mempunyai duit simpanan yang
begitu banyak dan tersimpan sejak bertahun-tahun lamanya, dari segi kewangan ,sememangnya adalah baik tetapi dari segi kebaikan untuk PIBG dan murid, ini menunjukkan seakan ada sesuatu yang tidak kena dengan pentadbiran sekolah dan pihak PIBG itu sendiri. Beliau memberikan contoh kepada pihakPIBG sekolah SMK Balung, telah
mengutip lebih 90 ribu pada tahun 2016 dan membelanjakan hampir 80 ribu untuk keperluan para pelajar menjalankan aktiviti dan keperluan sekolah. Ini menunjukkan pelajar menggunakan sepenuhnya apa yang mereka bayar untuk tahun berkenaan". tambahnya lagi. Diakhir ucapan nya beliau mengharapkan agar pihak PIBG dan Pentadbir sekolah dapat terus bekerjasama di dalam memastikan SMK Balung dapat melahirkan pelajar yang mampu bersaing dalam pendidikan dan sebagainya di peringkat nasional dan mengekalkan anugerah Penarafan 5 bintang untuk PIBG SMK Balung pada kali
ini.
YDP pula menekannya keperluan kerjasama yang tinggi dan keikhlasan dari setiap ibubapa dan pelajar agar segala yang di
Acara kemuncak pada hari berkenaan ialah ucapan perasmian dari YAB Datuk Nizam DSP Abu BAkar Titingan . Di dalam ucapan
nya beliau menekankan akan pentingnya ibu bapa dan murid mengutamakan pendidikan di dalam semua hal. Elakkan dari perkara-perkara yang membuang masa seperti lepak dan sebagainya, jauhkan diri dari pengaruh negatif seperti dadah dan sebagainya. Beliau juga menekan nya akan pentingnya bersyukur dengan nikmat yang ada bersyukur dengan allah S.W dan bersyukur dengan nikmat yang ada kini dan beliau mengharapkan agar semua jangan terlalu mendengar akan pengaruh-pengaruh luar yang boleh membuatkan pelajar lalai dengan aktiviti yang tidak sihat seterusnya menyumbang kepada gejala sosial dan sebagai nya. Di akhir ucapan nya beliau telah menyerahkan sumbangan dua unit Komputer untuk kegunaan sekolah dan sumbangan peribadi berjumlah seribu ringgit untuk tabung PIBG Sekolah.
Masyuarat pada hari berkenaan telah berjalan sangat lancar dan di hadiri kira-kira 700 orang ibubapa. PAda masyuarat berkenaan hampir 95 % barisan AJK telah di kekalkan termasuk wakil dari Ibubapa dan guru-guru. Ini menunjukkan Ibubapa, dan guru-guru sentiasa mengutamakan sekolah, pencapaian murid daripada mementingkan jawatan sehinggakan merencatkan perancangan yang pihak sekolah telah rancang.
Syabas dan tahniah buat ibubapa dan guru Sekolah Menengah Kebangsaan Balung Tawau.
Salam dari Bumi Balung..
Semuanya ada di Balung ada di balung...
No comments:
Post a Comment