25 Mar 2017

"Semuanya ada di Balung ada di Balung", tahniah pemimpin Tawau


"Semuanya ada di Balung ada di Balung" seakan menjadi kenyataan bila mana satu demi satu kemudahan dan prasarana sudah mula ada dan mula beroperasi. Jika dahulunya Balung adalah satu kawasan ladang kelapa sawit dan menempatkan hanya pekerja-pekerja ladang dan sedikit kakitangan awam dan penduduk kampung yang ada berhampiran.

Kini segalanya sudah beransur berubah dengan perancangan yang rapi, permuafakatan dan kerjasama daripada pemimpin peringkat Kampung, PBT, Negeri dan peringkat Nasional. 20 tahun dahulu jika sebut Balung setiap orang akan terbayang akan satu-satunya Kilang memproses Buah Tandan segar kelapa sawit yang ada di Balung, sebut saja Balung sudah pastinya  akan teringatkan"Sate Kokos" yang sememangnya menjadi mercu tanda utama Balung.

Kini segalanya sudah berubah dan segalanya hampir sempurna dan
hampir lengkap. Dari segi kemudahan asas seperti air dan letrik hampir semua kampung sudah memiliki dan menggunakan kemudahan tersebut, bila sebut taman perumahan, Balung sudah memiliki  tiga buah Taman yang berdaftar dan di urus oleh PBT tempatan iaitu Taman Sawit, Taman Sri Balung dan PPRT Balung yang menempatkan ribuan penduduk yang terdiri dari pelbagai suku kaum yang ada di Sabah. Bila sebut pekan, Balung sudah ada satu kawasan yang boleh di panggil pekan yang menempatkan, pusat beli bela, Bank dan ruang-ruang untuk perniagaan samada yang kecil mau pun yang besar.

Alhamdulillah, satu lagi mercu tanda dan buah tangan dari pemimpin Balung bakal siap yang hampir 95 % siap iaitu jalan dua lorong yang menghubungkan bandar Tawau dan Pekan Balung. Ianya juga di lengkapi dengan kemudahan lampu limpah bagi memudahkan penduduk menggunakan jalan tersebut seterusnya dapat menjalankan aktiviti dalam keadaan yang sangat selesa.

Inilah bukti dan kesungguhan pemimpin yang ada kini membuat kerja dan mengutamakan segala keperluan yang rakyat mahukan. Sememangnya ada yang terlepas pandang dan ada keperluan yang tidak dapat di penuhi tetapi ianya bukan nya titik akhir dan usaha berterusan sudah pastinya akan membuahkan hasil. 

Kepada pemimpin baru yang bakal menduduki kerusi DUN Balung diharapkan dapat menjalankan tugas yang baik seperti ADUN Balung yang ada kini seperti yang kita sedia maklum di dalam setiap ucapan nya , beliau menyatakan ini adalah penggal terakhirnya di DUN Balung memandangkan usia yang sudah agak meningkat dan ini adalah masa yang sesuai untuk beliau bersara dari arena politik dan memberikan peluang kepada generasi yang lebih muda untuk meneruskan kesinambungan pembangunan yang ada di Balung. Sesuatu yang sukar tetapi bukan mustahil jika pemimpin yang di pilih kelak, ikhlas dalam menjalankan setiap tugas yang di amanahkan.

Tahniah kepada ADUN Balung DSP Syed Abas Syed Ali dan Ketua Umno Bahagian Tawau Datuk Tawfiq DSP Hj Abu Bakar Titingan kerana hasil tangan dan buah fikiran maka terlahirlah Balung yang ada kini.

Salam dari Bumi Balung...

Semuanya ada di Balung ada di Balung.......

1.39 am
Restoran Era Balung, 

No comments: