30 Jul 2015

Usul dan debat dari "KABINET" Kedai Kopi di Tawau

Maghrib sudah hampir masuk waktu tapi keadaan di kedai kopi yang sering menjadi tumpuan orang awam yang sememangnya menjadikan tempat itu sebagai pot wajib masih tidak berganjak lagi.Dari zohor ke asar , dari asar ke maghrib dari maghrib ke Isyak dan di harap ianya tidak sampai ke subuh.

Saya cuba mendekati apakah sebenarnya topik yang sedang dan sangat rancak di perdebatkan sehinggakan masing-masing tidak mau meninggalkan tempat duduk. Yang dapat aku perhatikan ialah 6 orang sedang duduk di sebuah meja bulat yang boleh menampung sehingga 10 orang. Kalau di kira jumlah gelas yang ada di atas meja ianya macam sudah mencecah belasan gelas. Kalau di lihat pinggan roti kosong macam banyak juga ba!!

Setelah aku duduk bersebelahan dengan meja tersebut aku dapat mendengar dengan lebih jelas adan perdebatan mereka, rupa-rupanya mereka sedang mendebatkan  tentang keadaan politik dan isu-isu semasa dalam negara.

Kalau saya perhatikan latarbelakang mereka-mereka yang sedang berdebat memang terdapat perbezaan . Ini saya dapat lihat sebab sebahagian dari mereka saya kenal. Ada pemandu teksi, ada pengurus, ada peniaga, ahli politik (ketua cawangan)dan sebagainya.

" Nah kan betul aku bilang kemarin kan si Menteri A sama si Manteri B akan turun kamu endak percaya," " Bukan saya endak percaya geng itu memang saya mau cakap kemarin tapi kamu tidak kasi peluang ba". Waina, politik semua tu , kanak main saja kita ba, durang sanang-sanang minum kupi di sana kita susah-susah merumus di sini". Begitulah sebahagian dailog yang dapat saya ingat dan dengar. Semuanya berkisar tentang politik tiada yang lain selain politik semasa sahaja. Kadang-kadang keadaan yang agak tegang berlaku , maklum sajalah masing-masing ingin memenangkan pilihan mereka, tapi tidak juga berlaku perkara yang tidak di ingini cuma sedikit bahasa yang agak kasar di lontarkan untuk memenangkan hujah mereka. Yang paling syok aku nampak ada yang sehinggah berbuih mulutnya dek kerana banyak bercakap dalam menggulung segala hujah.

Asap rokok berkepul-kepul, habuk rokok di merata-rata kotak rokok kosong jangan cerita dan kotak rokok yang masih berisi sentiasa tersedia di atas meja bagi melancarkan idea yang hendak di utarakan di persudangan meja kedai kopi.  Tidak ketinggalan kopi "O" ynag sememangnya menjadi minuman kegemaran semasa persidangan meja bulat.

Pemerhatian saya disini berkenaan dengan parlimen kedai mamak ini yang menang akan ketawa dengan gembiranya, yang kalah pula memasang niat untuk mengumpul fakta untuk di bahaskan keesokan hari nya. tapi ianya cuma habis di situ sahaja ianya tidak dapat dilaksanakan di alam yang realiti.

Yang menang hanyalah pemilik kedai mamak kerana perniagaan mereka mendapat untung, yang menang hanyalah penjual rokok kretek kerana di persidangan sebegini rokok kretek yang dapat membantu melahirkan idea yang bernas. 

Akhirnya saya juga yang ketinggalan sembahyang isyak kerana terlalu khusuk mendengar idea dan pandangan yang di lontarkan, akhirnya aku juga yang terlupa mengambil anak ku di sekolah, akhirnya saya juga yang terlupa membeli ikan dan sayuran yang di pesan tadi oleh orang rumah dan yang paling "manang" saya lihat di meja sebelah mereka terpaksa "patak-patak " membayar minuman dan makanan  kerana ada yang merasa tidak puas. 

Hu.hu.hu indah nya politik  ayam menang kampung tergadai, atau ayam menang tapi dapur tidak berasap..

Salam dari Bumi Balung..


No comments: