14 Aug 2015

Penguatkuasa dengan bangganya rampas jualan peniaga kecil di Balung.

"Kalau MPT rampas apa boleh buat ,saya diam sajalah, besok saya berniaga lagi, kalau saya tak berniaga disini siapa nak beri makan anak saya, siapa nak bayar yuran persekolahan anak saya, siapa nak tolong bayar pembayaran yuran flet PPR saya"

Sambil membebel dan mebelek-belek ikan jualannya, itulah ungkapan yang terkeluar dari mulut peniaga yang di anggap haram oleh PBT Tawau. Mana tidak nya hampir 400 kg ikan jualannya telah di rampas dan hilang begitu saja. Dia kerugian hampir 2000 ringgit  pada hari yang sangat malang buat peniaga kecil ini. Di sebalik mata besar seakan terlihat akan titis-titis air mengalir bukan tanda sedih tapi seakan-akan geram yang sangat mendalam.

Kalau berniaga dia akan sentiasa dalam keadaan yang ketakutan ,takut-takut dengan serbuan yang akan Majlis Perbandaran Tawau akan lakukan . Kalau tak berniaga pula dimana dia nak mencari rezeki untuk menyarah keluarganya?

Sememangnya tempat dia mencari sesuap nasi yang halal adalah tidak mendapat kebenaran dari pihak yang berwajib dan ianya juga sering mengganggu lalulintas di kawsan berkenaan. Kepada pihak yang berwajib, adakah tiada ruang simpati di hati pemimpin untuk rakyat mencari makan secara yang halal, adakah kamu setuju  dan sudi jika rakyat sentiasa datang dan meminta bantuan kewangan?

Kewujudan gerai-gerai di kawasan Balung ini sebenarnya memberikan kemudahan kepada penduduk-penduduk Balung untuk mendapatkan sumber ikan segar secara mudah. Ianya juga membantu meringankan beban kewangan kepada kami di BAlung. Bayangkan kalau peniaga ini tiada, penduduk Balung terpaksa ke bandar untuk mendapatkan ikan pada setiap hari.

Adalah diharapkan Majlis Perbandaran Tawau membuka mata dan sediki simpati akan perkara sebegini. Bukannya sekadar merampas tanpa memikirkan jalan penyelesaian jangka panjang untuk penduduk Balung?

Tapi kalau memang PBT suka melihat air mata peniaga sentiasa mengalir dalam keadaan terpaksa, teruskan lah kerja kamu kerana sememangnya kamu di bayar gaji untuk membenteras peniaga yang mencari makan walaupun dalam keaadaan yang di anggap haram di mata kamu.

5 comments:

Anonymous said...

Jom try pakat undi pakatak lpas ne klu2 ada keprihati ckit dri yb pr...

Anonymous said...

Apa pkr boleh bantu sekarangpun ramai ahli.pkr mengeluh

Anonymous said...

kadang heran kenapa nak buang air ikan dekat longkang tempat tapak pembinaan yang belum siap , bau longkang tu da bercampur dengan bau air ikan kadang hidung pun pandai sakit kalau hidu , renung-renungkanlah peniaga ikan di balung buatlah sistem saluran kumbahan sendiri kalau boleh .

Anonymous said...

Harga jual pun mahal, basong pun sampai 8 ringgit

Anonymous said...

Heran juga, parit-parit di tawau memang bau. Terutama parit kawasan bandar dan batu 3 kawasan perindustrian. Bukan setakat bau, hitam lagi tu paritnya. Tiada orang jual ikan pun tetap juga bau.. Herankan? Lagi, jalan raya kenapa tu ya bertar juga pun tapi berhabuk.. Mcm tiada kena selenggara sahaja tu jalan. Baik MPT utamakan hal ini daripada menyekat periuk nasi orang lain.