18 Jul 2015

1MDB, 10 orang terlibat termasuk seorang dari Parti sama dengan PM Najib ?

Wah !!! jika benar dakwaan ini mungkin tidak lama lagi akan tertangkaplah dalang-dalang yang menfitnah akan Perdana Menteri Kita! Akan tertangkaplah juga meeka-mereka yang begitu licik dalam memainkan isu-isu sehinggakan mengelirukan rakyat jelata !. Benar kah?

"Warganegara Switzerland, Xavier Andre Justo yang akan didakwa kerana memeras ugut bekas majikannya, mendakwa kira-kira 10 orang telah membeli dokumen daripadanya untuk menyerang Perdana Menteri.

“Dia telah mengaku segala-galanya. Dia telah memberikan kita kerjasama yang sangat baik…setiap dokumen, walaupun dari dalam telefon bimbitnya,” kata jurucakap polis Thailand Lt Jen Prawuth Thavornsiri kepada The Straits Times."


SIAPAKAH DIA DARI PARTI YANG SAMA ITU?

Tetapi beliau berkata Justo telah bertemu dengan ‘ramai orang,kira-kira 10 orang, daripada media dan dari kalangan politik, walaupun daripada parti yang sama dengan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Lt Jen Prawuth berkata Justo bertemu wanita yang dilahirkan di Malaysia selama tiga kali di Thailand, dan juga di Singapura, untuk ‘rundingan’.

Pada tahap terakhir rundingan, apabila kumpulan itu mengesahkan bahawa fail Justo terkandung maklumat yang mereka mahu, mereka membincangkan bagaimana untuk membuat bayaran kepadanya.

Bukti yang didakwa daripada Justo termasuklah transkrip penuh dengan semua perbualan WhatsApp beliau dengan kumpulan itu semasa rundingan dan perbincangan mereka tentang bagaimana beliau akan dibayar.

Beberapa pertemuan dilaporkan telah diadakan di Singapura.

“Cara pembayaran adalah cara yang sama seperti yang dilakukan kumpulan pengubah wang haram”, kata Lt Jen Prawuth." Baca selanjutnya di sini

Tak sabar rasanya nak mengetahui siapa di sebalik 10 orang yang di dakwa merupakan dalang dalam isu 1MDB yang menjadi isu terhangat  di media perdana dan media sosial tempatan!

Tapi yang sangat ingin di ketahui ramai ialah siapakah yang di kalangan orang kanan PM sendiri yang terlibat sama dalam isu ini.

Jikalah benar ada musuh di dalam selimut  di harap penama ini tidak di maafkan dan mendapat hukuman yang setimpal !!

No comments: