Di ambang aidil fitri sebegini masing-masing sibuk membuat persiapan hari raya dan sebagainya. Tidak kurang pula yang bersiap sedia untuk pulang ke kampung. Yang paling gembira di saat sebegini adalah golongan kanak-kanak yang tidak sabar untuk berjumpa dan sanak saudara di kampung halaman. Mana tidak nya setahun sekali barulah ada masa dan kelapangan untuk berkumpul bersama keluarga yang di sayangi dan di cintai.
Gambar Hiasan
Dalam kemeriahan dan keseronokan membuat persediaan menjelang musim perayaan sebegini ada golongan yang benar-benar menanti akan kepulangan anak-anak yang di kasihi. Dengan sisa-sisa hidup yang kian sedikit mereka begitu mengharap agar dihari yang semulia ini orang yang mereka sangat sayangi dan cintai bersama-sama meraikan dan melayari keindahan lebaran. Memang tidak dapat di nafikan terdapat sedikit kekangan untuk balik ke kampung. Ada yang terikat dengan pekerjaan masing-masing, ada yang bermasalah dengan kewangan dan ada yang masih menyimpan seribu dendam dan keegoan!!
Tapi adakah itu alasan untuk kita tidak berjumpa dan bermesra dengan mereka ? Adakah keegoan mengatasi segalanya? Sedangkan di usia senja mereka seperti ini mereka begitu mengharapkan agar mereka dapat bertemu dan merasai erti kasih kasang dari anak-anak yang sudah lama tidak berjumpa, Mereka juga begitu berharap di hari raya yang mulia ini mereka dapat mencurahkan kasih dan sayang pada cucu-cucu yang mereka belum pernah jumpa?
Kalau masih ada peluang pulang lah , kalau ada keegoan buang lah dan kalau masih ada kasih sayang curahkanlah pada mereka, kerana tak ada kepuasan dan kegembiraan di hati mereka selain dapat melihat anak-anak, cucu-cucu dan keluarga dapat berkumpul, bergembira dan sama-sama meraikan lebaran yang sangat mulia dan penuh dengan keberkatan ini.
Semoga kepulangan anak-anak kali ini akan memberikan seribu kegembiraan dan kerahmatan kepada sang ibu dan bapa yang sentiasa sabar menunggu walaupun ianya hanyalah mainan perasaan semata-mata.!!.
Pulang, pulanglah dan Pulang lah.. ayah dan ibu setia menanti kepulangan mu.
Salam dari bumi balung..
No comments:
Post a Comment