4 Jul 2015

MENTERI BELIA DAN SUKAN SABAH BERSAMA WARGA TAWAU DI RAMADAN YG MULIA

Di bulan Ramadan yang penuh dengan berkat ini pelbagai pihak  mengambil kesempatan untuk berjumpa dan mendekati  sesama umat islam.  Yang tua tidak di lupa dan yang kurang bernasib baik di raikan. Amalan ini telah lama di laksanakan  dan ianya di harap dapat meringankan beban dan memberikan kegembiraan kepada umat islam yang kurang bernasib baik bagi sama-sama menunaikan ibadah puasa  dalam keadaan yang gembira dan penuh khusuk.

Dalam hal ini Ketua UMNO P190 Tawau tidak melepaskan peluang untuk sama-sama berjumpa dan beramah mesra dengan penduduk dan warga Tawau. Walaupun sibuk dengan tugas-tugas seharian, ramadan yang mulia ini di manafaatkan sepenuhnya untuk bertemu dan besua muka dan di harap ianya akan mengeratkan persaudaraan sesama islam dan sesama warga Tawau.














Salam dari Bumi Balung......

No comments: