Dalam bulan puasa yang mulia ini perbagai pihak tampil menghulurkan bantuan pada golongan yang tidak mampu. Ianya di lakukan atas rasa tanggungjawab kepada sesama insan yang kurang mampu untuk sama-sama menunaikan ibadah dan meraikan hari raya yang mulia dan penuh keberkatan ini.
Gambar Hiasan
Pelbagai program di adakan di surau-surau, masjid, Kampung-Kampung dan bandar dan semuanya menjurus kepada niat untuk membantu golongan yang tidak mampu. Tapi bagaimana kah nak mengketogorikan mereka yang layak untuk menerima zakat, bagaimanakah nak memilih mereka yang betul-betul layak.?
Teringat aku akan bekas jiran ku yang sekarang ini telah menjadi ibu tunggal hampir 20 tahun. Selama dia bergelar ibu tunggal saya tak pernah melihat dia menerima sebarang bantuan dari pihak yang berwajib, sepanjang pengetahuan saya selama ini pun dia cuma pernah menerima bantuan Beras Nasiaonal itu pun dari pergerakan Pemuda Umno pada raya tahun yang lalu sebanyak 10 kg saja.
Bukanlah niat nak mempertikai kan kewibawaan pihak yang berwajib dalam memilih mereka yang layak dan bukan lah niat di hati nak mencemarkan kehebatan badan Zakat yang ada di Negeri ini, tapi hakikatnya makcik ini sudah lama terbiar dari sebarang bantuan dari badan kerajaan dn badan zakat. Sedangkan yang lebih baik keadaan ekonominya dapat??.
Ini adalah wang zakat dan zakat hendaklah disampaikan kepada yang benar-benar layak dan kalau wang zakat pun di agihkan kepada yang ada kepentingan ataupun sekadar tangkap muat saja, jawablah di akhirat kelak..
Salam dari Bumi balung....
No comments:
Post a Comment