6 Jul 2015

Kami sentiasa bersama DSP MUSA dan DS NAJIB dalam susah dan senang

 Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman mahu rakyat Sabah berdiri teguh dan terus menyokong kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak kira ketika berada dalam keadaan sukar atau senang.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah itu berkata warga Sabah setia dan tahu mengenang budi kepada pemimpin yang telah banyak berbakti kepada rakyat dan negeri Sabah.

"Kita tidak boleh hanya berkawan pada masa senang. Kita mesti saling bantu membantu ketika senang dan susah," katanya ketika berucap merasmikan Tadau Kaamatan Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut (Upko) di Dewan Masyarakat, Kiulu, di sini hari ini.

Menurut Musa, Najib telah banyak membantu Sabah termasuk menyalurkan peruntukan besar untuk pembangunan Sabah termasuk pembangunan infrastruktur asas seperti jalan raya.

Oleh itu, sokongan rakyat Sabah kepada Najib bukan melulu.
Baca selanjutnya di sini

No comments: