Hu.hu baru dapat mandi dengan selesa dan dapat membersihkan segala yang tidak bersih. Hari ni baru dapat balik setelah bermalam di rumah adik saya yang terletak di Kampung Jawa Kongsi 10 Tawau.
Kelmarin saya telah menghadiri satu kenduri kesyukuran yang di adakan di Kampung Jawa Kongsi 10 Kampung Jawa Tawau. Ianya di adakan di rumah adik kandung saya yang kedua. Dalam majlis sebegini anak-anak yang paling gembira kerana dapat berjumpa denga sepupu-sepupu di samping itu juga dapat mengeratkan tali persahabatan diantara sesama keluarga. Yang paling mengejutkan awal-awal lagi kami anak beranak di beritahu agar me minima kan penggunaan air !!!
Apa yang menjadi persoalan yang agak asing bagi saya Kampung ini tiada bekalan air bersih. Ianya bukan baru berlaku tapi sejak sekian lama. Paip Jabatan Air memang sudah ada dan setiap rumah yang ada di sana telah di lengkapi dengan meter air yang di bekalkan dari Jabatan Air Tawau. Menurut seorang rakan sekolah yang kebetulan tinggal di kampung ini, bekalan air kadang-kadang ada dan kadang tiada dan yang selalu memang tiada bekalan lansung.
" Bulan Puasa dan kenduri ni pun kami terpaksa membeli air dari pihak ketiga, kalau tidak alamat endak mandi lah kami" Kata seorang lagi kawan yang sama-sama lepak pada waktu itu.
Selalunya pihak Jabatan akan meluluskan permohonan air jika ianya mampu membekalkan pada setiap masa, tapi sekarang sudah sebalik nya.
Menurut seorang rakan yang tinggal di Taman Sri Indah Tawau, mereka pun terpaksa membeli air kerana sering terputus bekalan di tempat mereka. Yang paling merisaukan baru-baru ini anaknya terpaksa dimasukkan ke wad hospital TAwau kerana di kuatiri mengalami keracunan kerana membeli air yang tidak di tahu punca dan kebersihan nya. Tapi apa nak buat itu saja sumber yang ada untuk mandi dan memasak , katanya.
Kalau di kawasan pendalaman mungkin sebahagian dari kita dapat menerima akan situasi ini, tapi kedua-dua tempat ini berdekatan hanya beberapa kilometer dari pusat rawatan air ataupu loji bekalan air.
Berapa lama kah masa yang harus di ambil untuk pihak berwajib menyekesaikan permasalahan ini atau membiarkan saja pengguna terus menderita dengan perkhidmatan yang sebegini.
5 tahun lagi negara bakal menuju ke wawasan 2020. Adakah di wawasan 2020 nanti penduduk Taman Sri Indah dan Kongsi 10 masih lagi berbicara tentang air.
Hu hu hu di era begini masih lagi membicarakan tentang kemudahan asas.....
Salam dari bumi Balung..
No comments:
Post a Comment