11 Jul 2015

Pembeli macam terpedaya dengan "Tawaran Istimewa" Betul kah?

Di ambang 1 syawal yang bakal menjelma dalam beberapa hari lagi pasar-pasar raya di penuhi dengan pengunjung yang tidak melepaskan peluang untuk membeli persiapan hari raya. Walaupun dalam keadaan yang sangat sesak  itu bukan lah alasan utama untuk pengunjung membeli bela .

Selalunya dalam musim perayaan sebegini pihak pasaraya akan mengadakan jualan murah atau lebih popular di panggil jualan lelong oleh kebanyakkan orang-orang Tawau. Ianya akan mempamirkan diskaun sehingga  70 % dan sebagai nya. Ini membuatkan pembeli tertarik dan seterusnya membeli tanpa banyak membuat pertimbangan dan berfikir panjang. Menurut seorang yang saya sempat jumpa semalam sewaktu membeli belah  "beli sajalah bos nanti habis susah lagi mau cari baju anak-anak, lagipun ada offer sampai 70 % jadi aku endak lepaskan peluang".

Timbul beberapa persoalan di benak fikiran ku kerana harga yang di pamirkan sebelum tawaran istimewa dan semasa tawaran istimewa seakan-akan sama. Sebagai contoh sebelum ramadan satu pasang baju melayu di jual dengan harga RM 100 sahaja. Tetapi apabila masuk musim di mana pembeli berpusuh-pusuh datang untuk membeli, harganya telah di naikkan ke RM 250, dengan diskaun sebanyak 50 % bermakna harga jualan musim perayaan ialah  RM 125 juga. Adakah ini strategi dalam perniagaan atau ianya cuma permainan yang di sengajakan. Bagi yang tak pernah tahu mungkin ini adalah peluang terbaik membeli dengan tawaran setinggi 50 %.?. Harga di musim perayaan lebih RM 25 dari harga yang biasa!!.

Adakah perkara sebegini di sedari oleh pihak yang berwajib, kerana ramai orang awam yang tidak menyedari akan perkara sebegini? Berapa ramaikah lagi pembeli yang akan terkena dan terpedaya ?, maklum saja lah akan keadaan ekonomi sekarang yang sedikit tidak menentu!.

Adalah diharapkan pembeli bijak dalam berbelanja, biar mengambil sedikit masa dalam menentukan harga yang berpatutan tapi untung dalam mendapatkan barang keperluan yang di pilih untuk menyambut  syawal yang bakal menjelma.  

Selamat menyambut syawal yang bakal menjelma, berhati-hati semasa membeli barang keperluan dan berhati-hati semasa memandu.

Salam dari Bumi Balung....



No comments: