15 Jul 2015

"PASTI" Balung dapat sambutan dari ibubapa islam

Pencapaian Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) kini menjadi perhatian banyak pihak termasuk oleh pihak kerajaan Malaysia. Ketua Pengarah PASTI Malaysia, Hassan Ahmad berkata, pelbagai pihak termasuk pakar-pakar pendidikan melawat dan membuat kunjungan ke PASTI untuk meninjau dan menimba pengalaman dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak, khususnya melihat kehebatan dan kejayaan pendidikan di PASTI-PASTI. Menurut beliau lagi, kurikulum PASTI terbukti terbaik di negara ini apabila murid-murid lepasan PASTI memperlihatkan pencapaian yang tinggi dalam ujian Linus di sekolah-sekolah rendah mengatasi tahap kelulusan kebangsaan. “Banyak pihak kini mohon kerjasama PASTI untuk mengetahui kepakaran dan pengalaman PASTI kerana PASTI telah berjaya menghasilkan murid-murid yang pintar soleh di negara ini”, tambah beliau sewaktu berucap dalam Karnival Alam Ria PASTI Peringkat Kebangsaan 2014(Rujukan disini.)
 Balung pun kini telah memiliki sekolah PASTI yang berada di Sebuah Rumah yang di jadikan bilik darjah di Taman Sawit Balung Tawau. Dari pemerhatian kasar saya ianya telah mendapat  perhatian dan sambutan dari kalangan ibu bapa di sekitar daerah Balung. Sekolah PASTI Balung mempunyai dua sesi dan pelajar yang hampir mencecah 50-70 orang. Ini menandakan penduduk islam begitu dahagakan penddikan yang beraliran agama islam. Balung mempunyai tiga buah tadikan dan hampir 60-70 % penduduk Balung memilih PASTI untuk  anak-anak mereka mendapatkan pendidikan awal .

Apa yang di harapkan agar sekolah aliran agama islam di perbanyakkan lagi di setiap kampung-kampung dan bandar bagi memudahkan ibubapa menghantar anak mereka  menuntut ilmu dalam bidang agama. Dengan yuran bulanan yang berpatutan dan dengan tenaga pengajar yang terlatih akan memberikan keyakinan yang tinggi kepada ibubapa  untuk anak mereka mendapatkan pendidikan .

Salam dari Bumi Balung..............

No comments: