15 Jul 2015

Beraya rumah Mak atau rumah Mak Mentua?

Tinggal beberapa hari saja lagi 1 syawal bakal menjelang dan bakal di sambut dengan penuh kegembiraan dan penuh rasa bersyukur kehadrat allah S.W. Tak kira di kampung, desa dan bandar ianya di sambut dengan sangat meriah dari segenap lapisan masyarakat yang beragama islam. Mana tidak nya setelah sebulan berpuasa tibalah masanya menyambut kemenangan menahan nafsu dan kemenangan menunaikan rukun islam yang ketiga.


Di musim perayaan sebegini semua umat islam akan balik ke kampung halaman masing-masing untuk menyambut lebaran bersama keluarga yang di sayangi. bagi yang tak mempunyai kampung halaman ianya di sambut di kawasan Bandar walaupun pada dasarnya sambutan mungkin agak kurang meriah jika di bandingkan dengan suasana hari raya di kampung-kampung.

Didalam kesibukan untuk balik berhari raya  terkadang akan wujudnya konflik untuk memilih samada beraya ke rumah sendiri, rumah mak atau ke rumah mak mentua. Ada beberapa kaedah atau cara yang sering di praktikkan oleh masyarakat kini dalam menentukan tempat mana yangb akan di pilih. Ada yang memilih untuk bergilir-gilir, sebagai contoh tahun ni beraya di rumah emak dan tahun depan beraya di rumah mak mentua. Ada juga yang berhari raya mengikut keperluan yang di rasakan perlu seperti balik rumah mak kerana keluarga semua balik atau beraya rumah mak mentua kerana sedang sakit  sekarang.

Tidak dapat di nafikan dan sememangnya sudah fitrah setiap manusia  akan sentiasa mahu berhari raya di rumah ibu, berhari raya bersama ibubapa dan adik beradik kandung masing-masing tapi pada hakikatnya di pihak isteri pun akan berfikiran sedemikian. Perkara sebegini memang tidak dapat di elakkan apalagi jika keegoan masing-masing di pertahan kan tampa memikirkan jalan yang terbaik dan memberikan kegembiraan untuk kedua-dua pihak.

Akan tetapi kedua-dua pasangan perlulah ada semangat toleransi yang tinggi, semangat kekeluargaan yang jitu dalam menjamin keharmonian dalam keluarga masing-masing. Pasangan juga kena jujur dengan janji  dan sentiasa mengikuti akan "giliran" yang mungkin telah di sediakan. Ini akan mengelakkan dari berlaku konflik balik kampung yang sering terjadi pada masa kini.

Apa pun perbincangan antara suami dan isteri sangat penting dalam menentukan tempat beraya yang di pilih, elakkan dan hindarkan perasaan ego yang ada  dan lontarkan jauh-jauh perasaan pentingkan diri sendiri dalam  menjaga keharmonian berumah tangga, meskipun kadang-kadang kita terpaksa korbankan perasaan diri sendiri dan keluarga yang sedang menunggu kepulangan. Jika semuanya di atur dengan rapi sudah pastinya suami isteri dan keluarga  akan gembira  dalam menyambut lebaran. 

" Bersyukurlah kerana kita masih mempunyai ibu dan ayah dan bersyukur lah kerana kita masih ada mak dan pak mentua, selagi mereka ada hormati  dan sayangi lah"

Salam lebaran yang bakal menjelang dan salam keharmonian untuk setiap umat islam yang balik kampung dan bakal merayakan lebaran dengan penuh kegembiraan dan semangat kekeluargaan yang tinggi.

Salam dari Bumi Balung.....

No comments: