1 Oct 2015

Luahan anak jati Tawau di Perantauan kepada DS Najib Razak

GAYA DS NAJIB DI NEW YORK

 on Thursday, October 1

New York, 28 September 2015 - YAB DS Najib Tun Razak mendengar dengan tekun perkara yang saya utarakan. Saya bercakap hal mendepani cabaran politik selepas PRU13 dan landskap baharu politik menjelang PRU14. DS Najib mendengar dengan tekun. Beliau sangat tertarik dan saya bersedia untuk membentangkan pelan terbaharu saya menghadapi PRU14.
Saya berkata sokongan rakyat akan bertambah jika Kerajaan istiqamah. Pembangkang boleh berkata apa sahaja tetapi tidak semestinya semuanya betul dan sesuai. LGE semasa PRU12 berjanji untuk menghapuskan Tol di Pulau Pinang tetapi selepas hampir 8 tahun, Tol itu masih kekal berdiri. Ianya bukan mudah melaksanakan janji tetapi sangat mudah memberikan janji. Begitu juga isu 1MDB, Dr Tan Seng Giaw dari DAP memarahi Tony Pua kerana terlalu banyak bercakap isu 1MDB tetapi tidak menyertakan bukti yang sahih. Bolehkah tuduhan yang dilemparkan di dalam media, bahan itu dijadikan bukti? Bahan sekunder bukanlah bukti! Namun malangnya, itulah yang disukai segelintir rakyat kerana Tony Pua dan Rafizi suka memberikan janji-janji yang popular. MB Selangor, Azmin Ali mempunyai hubungan yang akrab dengan Perdana Menteri, saya percaya isu konsensi air akan dapat diselesaikan.
Saya menyatakan kepada DS Najib, bahawa kita memerlukan individu yang mempunyai kekuatan mental, pemikiran, jatidiri, sejarah, identiti dan pandangan yang jauh untuk meneruskan survival perjuangan. Rakyat akan meneruskan sokongan jika mereka melihat kesungguhan, keberanian, dan kemahuan kita membangunkan negara. Kebenaran biasanya akan datang kemudian kerana penilaian manusia berdasarkan kondisi semasa seringkali silap kerana manusia lebih suka kepada perkara yang populis dan persepsis. DS Najib memberitahu, penilaian Finch menunjukkan pembangunan negara berada di atas track yang betul walaupun kekangan global sangat mencengkam.
DS Najib menyatakan sesuatu kepada saya. Saya akan tuliskan pada masa yang sesuai. Sebagai ketua editor merdeka-online.com saya mempunyai tanggungjawab besar untuk menyatakan harapan dan kebenaran yang dibawa Perdana Menteri. Banyak perkara yang perlu diketahui oleh rakyat tetapi tidak dapat disampaikan. Kita masih perlu Istiqamah, berusaha, bersabar dan bertawakal.
DS Najib senyum, dan kelihatan sangat gembira bertemu dengan saya, sebagai pemikir, saya mempunyai peranan besar untuk mempertahankan keamanan negara dengan memberi kesedaran kepada rakyat supaya sentiasa menghormati amalan demokrasi di negara kita. Walaupun masih ada perkara yang belum mencapai tahap kepuasan pengguna, namun kerajaan sedia ada sedang melaksanakan pelbagai program tanpa henti. Kerajaan ini adalah kerajaan rakyat, milik rakyat, maka rakyat berhak menyuarakan pandangan mereka tetapi akhirnya kerajaan yang akan bertanggungjawab memastikan harapan rakyat dapat dipenuhi pada masa yang betul. Pembangkang boleh bercakap apa sahaja, mereka boleh menjanjikan apa sahaja, namun seringkali mereka gagal melaksanakan apa yang mereka janjikan kerana mereka mendapati bukan satu perkara yang mudah. Kemahuan manusia tidak ada batasnya. Negara Amerika Syarikat yang kaya raya pun, tidak menjanjikan semua rakyatnya memiliki rumah, pekerjaan dan kemudahan kesihatan. Masih ramai tidur di jalanan, mamsih ramai penganggur dan masih ramai tidak mampu pergi ke hospital kerana kos rawatan yang sangat mahal. Kita perlu bersyukur.
DS Najib menyatakan sesuatu kepada saya mengenai cabaran dan masa hadapan. Saya berkata, tempoh 3 tahun sebelum PRU14 sangat penting untuk Kerajaan melaksanakan fasa pembangunan seterusnya. Isu-isu globalisasi seperti harga komoditi, harga minyak, kadar tukaran wang, peranan Federal Reserve USA, peranan China menurunkan nilai Yuan, semua itu Malaysia dan mana-mana negara yang sedang membangun tidak akan mampu melawannya secara berseorangan. Kerana itulah peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN mesti digunakan sebaik-baiknya.
Saya memperkatakan sesuatu kepada DS Najib. Semua isu di atas kita boleh atasi kerana fundamental ekonomi Malaysia sangat stabil dan tidak goyah. Kita hanya perlu mengurus persepsi politik dalam negara kerana kerosakan yang dibuat oleh musuh-musuh di dalam dan luar negara tidak pernah berhenti. Mereka tidak memikirkan implikasi buruk kepada negara. Mereka hanya mahu melihat Kerajaan ditumbangkan dengan apa sahaja cara, dan mereka mahu menukar Perdana Menteri dengan apa jua cara. Dalam isu ini, kita berterima kasih kepada rakyat kerana masih majoriti berdiri di belakang kerajaan. 
Saya percaya kerajaan mendengar suara rakyat. Perdana Menteri menyatakan beliau akan membentangkan di Parlimen semasa pembentangan Bajet 2016 bulan Oktober ini, berkenaan cukai kerajaan khususnya GST. Kerajaan akan membentangkan jumlah hasil GST dan bagaimana rakyat menikmati hasilnya semula. Kita tunggu. Kita mesti optimis bukan pesimis kerana kita bakal memasuki gerbang negara maju 2020 tidak lama lagi.
Kita semua adalah rakyat yang baik kepada negara. Kita mesti membantu Perdana Menteri dan Kerajaan yang telah dipilih melalui pilihanraya. Kerana ini kerajaan anda jua. Di Amerika Syarikat, parti Demokrat dan parti Republikan bertempur semasa pilihanraya, tetapi sesudah melalui proses demokrasi itu, rakyat Amerika bersatu kembali membina negara mereka. Di Malaysia, kita belum mencapai tahap itu.

New York,
October 1, 2015.


No comments: