14 Oct 2015

TLDM- "SEDIA BERKORBAN" Demi Keselamatan dan Kedaulatan perairan Pantai Timur Sabah.

Baru-baru ini saya telah mengikuti rombongan Menteri Pertahanan Malyasia YB Dato Sri Hishammuddin Tun Hussein untuk  ke (Sea Basing) Pangkalan Laut yang baru saja beroperasi beberapa bulan yang lalu. Perjalan dari pangkalan Tentera Laut yang berpangkalan di Semporna mengambil masa satu ke satu jam setengah  menuju kepangkalan tersebut. Sepanjang perjalan pelbagai perkara-perkara ataupun panorama indah dapat dilihat dan di saksikan sehinggakan saya  tidak  terasa akan masa perjalanan yang agak panjang pada saya yang agak baru  dalam hal sebegini.



Seperti yang kita sedia maklum Sea Basing ataupun Pangkalan Hadapan Tun Syarifah Rodziah merupakan yang pertama di dunia menggunakan pelantar minyak terpakai yang di berikan secara percuma oleh syarikat petroleum negara iaitu PETRONAS.
Setelah tiba dan meninjau akan keadaan di Pelantar tersebut hati begitu teruja dan bercampur dengan banyak persoalan yang bermain di pemikiran ku. Keadaan nya yang mungkin hanya suku padang bola sepak dan di kelilingi laut yang sangat luas menjadi tempat para anggota keselamatan kita berkawal sepanjang masa tanpa henti dan jemu demi untuk menjaga kedaulatan dan keselamatan Negara. Dengan cogan kata " SEDIA BERKORBAN "  yang di tanamkan di setiap pasukan dan anggota  telah menjadikan pasukan ini di segani dan di geruni oleh pihak lawan yang sentiasa mengintai akan kelemahan  bagi mencari peluang untuk menyusup masuk kedalam negara ini. 

Saya sempat berbual dan bertanya kepada seorang anggota yang sedang bertugas, Bosku, tidak rindu kah sama anak-anak dan keluarga? Anggota tentera itu menjawab dengan nada yang agak tegas , " Kalau cakap tak rindu memang bohonglah , kalau cakap tak ingat keluarga itu pun di kira bohong kerana setiap masa anak-anak dan keluargalah yang menjadi pembakar semangat untuk kami memberikan komitmen yang sepenuhnya dalam memastikan perairan negara sentiasa terkawal dan tak di cerobohi walau seinci pun oleh pihak lawan. Beliau menambah lagi " di dalam tentera kami sudah di latih untuk mengutamakan kepentingan negara dan kedaulatan negara sentiasa di utamakan". Dengan memegang senjata yang agak berat pada saya, dia mejawab sambil matanya memerhatikan keadaan sekeliling pelantar.


Apa pun inilah pengorbanan yang di lakukan oleh pihak TLDM, dalam kita bersenang -lenang bersama keluarga mereka tetap berjaga, didalam kita menikmati juadah yang mewah mereka minikmati makanan yang seadanya di tengah-tengah lautan, di dalam kita meluangkan masa di shoping complex mereka meluangkan masa memerhatikan perairan negara daripada di cerobohi. Itulah pengorbanan yang mereka telah dan tengah lakukan dan setelah saya berada dan melihat keadaan sebenar barulah saya mengetahui akan pengorbanan yang mereka lakukan demi memastikan orang-orang Sabah sentiasa nyenyak dalam tidur sentiasa bebas kesana dan kemari dalam menikmati hidup seharian. Sesuai dengan Misi dan Visi TLDM;

‘Melindungi Kedaulatan dan Kepentingan Maritim Negara’
Misi ini bermaksud “tugas khusus yang telah dipertanggungjawabkan kepada TLDM dalam menyedia dan mengatur gerak angkatan laut untuk memastikan keselamatan perairan negara semasa aman dan memastikan kemenangan ketika perang”.
Menjadi Tentera Laut Bertaraf Dunia’Visi ini bermaksud “TLDM berhasrat untuk menjadi sebagai sebuah angkatan laut yang sentiasa bersedia dalam aspek operasi, sumber manusia yang berkeupayaan dan pengurusan proses kerja yang cemerlang.

Adalah diharapkan para petugas TLDM dan semua anggota pasukan keselaman sentiasa di berikan perlindungan oleh allah S.W  di berikan kekuatan, diberikan ketabahan dalam menjalankan tugas yang penuh cabaran dalam memastikan perairan negara sentiasa bebas dari segala ancaman keselamatan.

Salam Maal Hijrah dari Bumi Balung.....
s

No comments: