24 Oct 2015

Bajet 2016 - Pemerkasaan Bumiputera dalambidang keusahawanan dan pendidikan terus menjadi keutamaan

KUALA LUMPUR, 23 Okt – Pemerkasaan Bumiputera dalam beberapa sektor meliputi bidang keusahawanan dan pendidikan terus menjadi keutamaan agenda nasional kerajaan menerusi Bajet 2016.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2016 bertemakan ‘Mensejahtera Kehidupan Rakyat’ di Dewan Rakyat hari ini berkata, pemerkasaan itu turut merangkumi pembangunan masyarakat Bumiputera di Sabah dan Sarawak.
Di bawah keutamaan itu, sebanyak RM150 juta disalurkan kepada Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) untuk pelaksanaan pelbagai program termasuk Skim Usahawan Permulaan Bumiputera dan Program Syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi.
KUALA LUMPUR, 23 Okt -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan Bajet 2016 bertajuk 'Mensejahtera Kehidupan Rakyat' di Parlimen hari ini. -- fotoBERNAMA (2015) HAK CIPTA TERPELIHARA
Sejumlah RM150 juta juga diperuntukkan kepada Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera untuk melaksanakan program Peneraju Tunas, Peneraju Profesional serta Peneraju Skil dan Iltizam.
“Kepada Majlis Amanah Rakyat (MARA) pula diperuntukkan RM3.7 bilion, termasuk menaja pengajian 72,000 pelajar Bumiputera di peringkat pendidikan tinggi,” katanya.
Bagi memantapkan pemilikan ekuiti serta memperhebat keusahawanan dan peniagaan Bumiputera, Najib berkata beberapa peruntukan disediakan untuk tujuan itu.
Peruntukan itu adalah RM400 juta kepada Dana Ekuiti Nasional Berhad atau EKUINAS; RM250 juta kepada Perbadanan Usahawan Nasional Berhad; RM150 juta kepada Pelaburan Hartanah Berhad; dan RM100 juta sebagai pinjaman kepada UDA
Holdings untuk tujuan pembangunan Kampung Baru, Kuala Lumpur.

No comments: