10 Oct 2015

Terimakasih , Kakitangan dan Pegawai Perubatan Hospital Besar Tawau

Sudah hampir sebulan saya berulang-alik ke Hospital Besar Tawau. Iyanya telah memberikan aku sejuta pengertian  akan erti persaudaraan dan erti pengorbanan  di dalam konteks persaudaraan dan persahabatan yang banyak memberikan sokongan moral dari awal sehinga kini.


Jika di sebut sahaja akan Hospital akan tergambarlah di benak fikiran masing-masing akan kegarangan kakitangan yang bertugas seperti jururawat yang di katakan sentiasa bermuka garang dan sentiasa meninggikan suara dalam melayan kerena pesakit,  Akan terkecutlah perut ini dengan pak "Dokter " yang di katakan akan memberikan suntikan maut kepada pesakitnya yang di katakan tiada harapan untuk terus hidup dan akan sakitlah hati ini jika teringatkan Pengawal kesihatan yang sentiasa menggarangkan muka mereka dalam melayan para tetamu yang hadir!!!

Tetapi kini semuanya sudah tiada seperti apa yang saya sangkakan, semuanya sudah tiada seperti apa yang sering tergambar di kotak pemikiran  orang-orang kampung seperti saya. Jururawat dan pegawai perubatan yang ada menunjukkan nilai dan mutu kerja yang sangat tinggi sehinggakan pesakit sangat tertunggu-tunggu akan kehadiran mereka dalam memberikan rawatan dan layanan. Sepanjang pemerhatian saya , tiada satu pun nada suara tinggi yang terkeluar dari mulut petugas hospital selain dari suara yang lamah lembut dan penuh sopan dalam melayan karena para pesakit.  Apa yang kelihatan mereka kelihatan keletihan ataupun kepenatan apalagi yang bertugas di sebelah malam. Tapi itu bukanlah penghalang untuk mereka malakukan kerja yang terbaik.

Cuma yang agak sedikit lucu , Pengawal Keselamatan yang mengawal ada yang cuba "menggarangkan " muka mereka untuk mengawal emosi pelawat yang kadang-kadang agak terlebih. Tapi saya sangat bersyukur kerana walaupun mereka menunjukkan muka sedemikian, mereka juga telah memberikan kerjasama yang tinggi kepada setiap pelawat yang datang. Jauh di lubuk hati mereka terselit juga rasa simpati tetapi apa kan daya mereka cuma menjalankan tugas yang telah di amanahkan.

 Kesimpulannya , saya ingin mengucapkan ribuan terimakasih kepada Kerajaan Malaysia yang telah menyediakan pasarana dan kemudahan peralatan perubatan dalam membantu mereka yang memerlukan dengan pembayaran yang sangat minima. Dengan hanya bayaran  RM 1 ringgit  segalanya sudah tersedia untuk para pesakit mendapatkan rawatan . Dengan adanya sumber manusia seperti Kakitangan Perubatan ianya dapat memberikan mutu perkhidmatan yang tnggi  sama taraf dengan negara maju tetapi dengan pembayaran yang sangat minima serendah 1 ringgit sahaja.

Salam dari Bumi Balung..


No comments: