CYBERJAYA, 27 Okt – Agensi-agensi kerajaan perlu menggunakan pendekatan inovatif untuk menyampaikan mesej kepada golongan sasaran dalam usaha menolak propaganda dan ‘perjuangan’ puak ekstremis dalam media sosial.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata mereka yang bersuara bagi pihak kerajaan perlu dilengkapkan dengan kemahiran supaya hujah bagi menangani mesej dan menangani naratif bukan sekadar retorik tetapi dilengkapi fakta dan asas pertimbangan kukuh.
“Ini termasuklah meningkatkan kredibiliti mereka yang terbabit di mata majoriti senyap agar mereka terdorong untuk berkongsi naratif
dan fakta yang disalurkan.
dan fakta yang disalurkan.
“Kita perlu memikirkan pendekatan yang inovatif untuk menyampaikan mesej kita kepada golongan sasaran tertentu. Ini memerlukan kemahiran dalam menganalisis kehendak golongan sasaran dan menyediakan mesej bersesuaian buat golongan itu,” katanya semasa merasmikan seminar ‘Peranan Media Baharu Memerangi Persepsi Keganasan’ di sini, hari ini.
Turut hadir Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SMKM) Datuk Seri Dr Halim Shafie dan Ketua Pengarah Jabatan
Hal Ehwal Khas (JASA) Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.
Hal Ehwal Khas (JASA) Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.
Salleh menarik perhatian bahawa usaha memperkasa golongan majoriti senyap penting bagi meningkatkan tahap literasi media dan digital agar rakyat khususnya golongan muda menolak propaganda puak ekstremis dalam media sosial.
Beliau berkata apabila pemimpin negara dilemparkan dengan pelbagai tuduhan yang tidak berasas, isu itu terus dimanipulasi dalam media sosial walaupun pencerahan demi pencerahan dibuat dan pelbagai bukti dikemukakan.
Persepsi masyarakat amat sukar diubah kerana adanya asakan persepsi yang menular selain persepsi negatif terhadap kepimpinan negara
dan kerajaan, yang dilihat seolah-olah tertanam dalam kalangan mereka khususnya pengguna media sosial.
dan kerajaan, yang dilihat seolah-olah tertanam dalam kalangan mereka khususnya pengguna media sosial.
“Saya selalu mengingatkan masyarakat supaya sentiasa menilai dengan penuh berwaspada apa jua maklumat yang diterima dan disebarkan melalui pelbagai medium media sosial.
“Usahlah sebarkan maklumat yang kita sendiri tidak pasti kesahihan dan sumbernya…janganlah terlalu mudah terpengaruh dengan mainan dan manipulasi pihak-pihak tidak bertanggungjawab khususnya dalam perkara yang boleh menggugat kestabilan, keselamatan dan keharmonian negara,” katanya.
No comments:
Post a Comment