13 Oct 2015

Sea Basing- Pendekatan luar kotak bagi kukuhkan keselamatan Perairan Pantai Timur Sabah

Pangkalan Laut (Sea Basing) adalah platform di laut yang berperanan sebagai Pangkalan Opreasi Hadapah (POH) bersepadu yang di tempatkan di lokasi stategik perairan ESS Zone bagi menyokong perlaksanaan OP SANGGAH dan operasi-operasi lain yang berkaitan dengan nya. Ianya berfungsi sebagai pletform sokongan logistik terhad, pusat pemerintahan, kawalan,pengawasan, penerimaan dan penyaluran maklumat serta mengatur gerak aset di peringkat teknikal. 




Sea Basing uyang di wujudkan ini terbahagi kepada dua flatform statik menggunakan Mobile Oil Production Unit (MOPU), di kenali sebagai Pangkalan Laut Tun Syarifah Rodziah (PL TSR) dan Platform yang menggunakan Kapal terpakai dikenali sebagai Kapal Auksilari Tun Azizan (KA TAZ). Syarikat petroleum Negara, Petronas, dalam melaksanakan tanggungjawab sosianya telah memberikan komitmen dengan membekalkan satu pelantar minyak terpakai Mobile Oil Production Unit (MOPU) dan sebuah Kapal kargo untuk di jadikan Sea Basing.



Sea Basing (POH) ini melalui Pangkalan Laut  Tun Azizan (PL TAZ) telah mula beroperasi sejak bulan Mei . manakalah pangkalan Laut Tun Syarifah Rodziah) (PL TSR) telah beroperasi sejak  Julai  yang lalu. Perlaksanaan konsep pangkalan laut ini dibuat dengan mengatur gerak pasukan keselamaytan jauh kehadapan terutama ke lokasi-lokasi di persempadanan perairan negara yang dikenal pasti sebagai laluan utama penjenayah.

 Ianya bertujuan untuk mengesan sebarang ancaman dan menanganinya sebelum ia berjaya mendarat ke kawasan daratan negara.. Inisiatif ini di jangka sangat efektif berdasarkan oleh faktor geografi, trend dan modus operandi yang di pamerkan oleh penjenayah dan pihak militan yang mentusup masuk keperairan negara dari negara-negara jiran terutamanya dari Selatan Filipina.



Diantara tugas-tudas Sea Basing adalah seperti berikut;

a)   Melaksanakan tugas cegah rintang melalui show of presence dan melaksanakan tugas-tugas bagi membenteras pencerobohan dan aktiviti jenayah.

b)   Menyediakan sokongan logistikkepada Agensi Penguatkuasaan Malaysia (APM) yang beroperasi di perairan ESSZone.

c)   Mengumpul dan menyalurkan maklumat perisikan melalui rondaan pengawasan dan inisiatif bertanya khabar (IBK)

d)   Bertindak sebagai platform pendaratan helikopter untuk operasi maritim termasuk MEDEVAC/CASEVAC.

e)   Bertindak sebagai Platform pre-positioning untuk Tim Pasukan Khas dan Tim Bot Tempur.

f)   Menyediakan bantuan logistik iaitu patrol,diesel,AVCAT,air tawar, penginapan dan sajian kepada semua petugas tetap dan tumpangan.

g)   Mengurus, menyelenggara dan menentukan keselamatan Sea Basing.

Adalah di harapkan dengan wujudnya Sea Basing- Pangkalan Laut Tun Syarifah Rodziah  (PL TSR) ianya akan dapat meningkatkan tahap kesematan di kawasan perairan pantai timur Sabah. Ianya juga akan dapat memberikan keyakinan kepada penduduk setempat dan pelancung asing untuk berasa selamat dan aman dan damai semasa berada di Negeri Sabah. Semoga dengan idea dan inisiatif yang kerajaan telah buat akan memberikan tahap keselamata pearairan Sabah akan terus terjaga dari segala ancaman pihak luar .

Salam dari Bumi Balung...

No comments: