Aku masih lagi teringat dan terfikir akan bajet 2016 yang baru di bentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia pada jumaat yang lalu. Ianya memberikan aku sedikit persoalan yang bermain-main di kota fikiran saya samada ianya hanyalah angan-angan kosong ataupun cuma kata-kata yang menyedapkan sesiapa yang mendengarnya.!!!.
Pada masa sekarang dengan menggunakan jalan raya yang sedia ada dari Daerah Kudat menuju ke daerah Tawau mengambil masa lebih kurang 12 jam masa perjalanan. Ianya begitu menyukarkan dan membuang masa tetapi apa kan daya hanya itu sahaja jalan terdekat yang ada.
Pengumuman baru-baru ini membuatkan aku begitu teruja dan sangat terkejut dengan keperihatinan dan perhatian kerajaan pusat kepada Negeri Sabah. Mana tidaknya sejumlah 13 billion ringgit telah di peruntukkan untuk Sabah dalam pembinaan jalan raya yang menghubungkan TAwau dan Kudat di utara Negeri Sabah. Dengan siapnya nanti ianya dapat mengurangkan masa perjalanan dari 12 jam kini dan 5 jam sahaja apabila ianya siap nanti.
Di fahamkan juga semua tenaga kerja dari kumpulan profesional sehinggakan ke kumpulan sokongan dan pekerja bawahan adalah di wajibkan di berikan kepada orang Sabah Sahaja. Bayangkan saja jika bermulanya projek ini, anak-anak watan Sabah akan mendapat pekerjaan yang berpendapatan tinggi, kontractor-kontractor tempatan akan mendapat kerja ledakan ekonomi akan berlaku dengan serta merta.
Dengan adanya dan siapnya Lebuh raya Pan Borneo ini nanti ianya akan memberikan suntukan ekonomi kepada penduduk setempat, memberikan peluang perniagaan kepada penduduk-penduduk yang tinggal di pinggir-pinggir jalan tersebut.
Bayangkan saja jika 13 billion di belanjakan di dalam Negeri Sabah, Apa kah impak dari segi ekonominya. Berapa orang Sabah yang akan mendapat manaffat dari pada projek tersebut.
Apapun ini adalah usaha kerajaan Sabah terutama pemimpin tertinggi negeri Sabah dalam memastikan segala keperluan rakyat di penuhi, mungkin sahaja ada permintaan dari rakyat yang tercicir tetapi percayalah Kerajaan Sabah akan sentiasa memastikan rakyat sentiasa selesa dan berpuashati dengan apa yang kerajaan telah laksanakan.
Salam dari Bumi Balung.. "Semuanya ada di Balung"
No comments:
Post a Comment