30 Oct 2015

CNN DAN AL-JAZIERA DIJEMPUT DEBAT TONY PUA-ARUL KANDA, MARKAH AWAL KERAJAAN 3 - PAKATAN 0

0
MARKAH AWAL, KERAJAAN 3 PAKATAN 0
Selepas dua hari cabaran CEO 1MDB Arul Kanda, berlaku kesilapan politik di pihak Pakatan apabila Tony Pua tidak mempermudahkan cabaran tersebut. Sebaliknya, Tony Pua memberi pelbagai alasan politik seolah-olah mengelak. Dengan permulaan ini, bermakna Tony Pua (mewakili Pakatan) mendapat 0 dan Arul Kanda (mewakili 1MDB) mendapat 1 markah. 
Apakah yang ditakuti oleh Tony Pua? Adakah Tony Pua bimbang dan terngiang-ngiang dengan sindiran Dr. Tan Seng Giaw supaya beliau menutup mulut jika bercakap tidak memberikan fakta. Sehingga ke hari ini, Tony Pua tidak mampu menjawab soalan Dr. Tan Seng Giaw. Ini merupakan markah kedua kepada 1MDB, menjadikan Pakatan 0 - 1MDB 2.
Syarat Arul sangat mudah, iaitu Tony Pua mesti melepaskan jawatan sebagai anggota PAC. Daripada aspek integriti memang benar pun, anda tidak boleh memainkan dua peranan yang sama dalam satu isu yang besar dan di dalam dua wajah yang berbeza. Namun, Tony Pua memberikan pelbagai alasan politik. Tony Pua tertekan. Atau adakah, Tony Pua sudah ketakutan? Pada saya, ya dia sedang ketakutan.
Dengan tegas Arul berkata, "YB Tony Pua telah mencabar saya... untuk bersamanya dalam program bual bicara secara langsung. Saya menerima cabaran itu dan menanti untuk menjawab semua soalannya,".
Dalam masa yang terdekat pula, peristiwa DS Nizar Jamaludin meminta maaf kepada DS Najib di Mahkamah dua hari lepas kerana memfitnah DS Najib amat mengejutkan negara. Peristiwa ini menjadikan kem 1MDB mendapat markah ke-3 dan kem Pakatan kekal dengan 0. 
Adakah Tony Pua juga bimbang dimalukan sebagaimana DS Nizar Jamaludin terpaksa menebalkan muka meminta maaf kepada DS Najib? 
Kebimbangan Pakatan adalah, jika Tony Pua membawa sumber Sekunder (khususnya fakta doctorated) maka ianya akan menjadi malapetaka besar kepada mereka. Sebaliknya mereka sangat bimbang sekiranya Arul yang memegang semua kunci fakta 1MDB akan membentangkan sumber Primer. Inilah yang dimahukan rakyat. 
Saya mencadangkan, selain RTM, stesen TV CNN dan Al-Jaziera turut dipanggil menyiarkan secara Langsung debat ini.
Lawan Tetap Lawan!

RTM Sedia Siar Secara Langsung Debat Arul Kanda – Tony Pua


KUALA LUMPUR, 29 Okt – Radio Televisyen Malaysia (RTM) bersedia menyiarkan siaran langsung debat mengenai 1Malaysia Development Berhad
(1MDB) antara Presiden dan Pengarah Kumpulan Eksekutif 1MDB Arul Kanda dan anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Tony Pua.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata kesediaan RTM untuk menyiarkan debat itu secara langsung membuktikan sikap keterbukaan kementerian berkenaan.
“RTM boleh siarkan debat ini secara langsung,” kata Salleh kepada Bernama di sini hari ini.
Dalam kenyataan hari ini, Arul Kanda berkata beliau sedia bersemuka dengan  Pua dalam program televisyen secara langsung dengan syarat Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara itu melepaskan jawatannya sebagai anggota PAC.
“YB Tony Pua telah mencabar saya .. .untuk bersamanya dalam program bual bicara secara langsung. Saya menerima cabaran itu dan menanti untuk menjawab semua soalannya,” kata Arul Kanda.
Pua sebelum ini mencabar presiden 1MDB itu untuk muncul bersamanya dalam temu bual yang bersiaran secara langsung bagi menjawab segala persoalan yang dibangkitkan terhadap 1MDB.

28 Oct 2015

Guna Pendekatan Inovatif Tolak Propaganda Ekstremis Dalam Media Sosial – Salleh


CYBERJAYA, 27 Okt – Agensi-agensi kerajaan perlu menggunakan pendekatan inovatif untuk menyampaikan mesej kepada golongan sasaran dalam usaha menolak propaganda dan ‘perjuangan’ puak ekstremis dalam media sosial.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata mereka yang bersuara bagi pihak kerajaan perlu dilengkapkan dengan kemahiran supaya hujah bagi menangani mesej dan menangani naratif bukan sekadar retorik tetapi dilengkapi fakta dan asas pertimbangan kukuh.
“Ini termasuklah meningkatkan kredibiliti mereka yang terbabit di mata majoriti senyap agar mereka terdorong untuk berkongsi naratif
dan fakta yang disalurkan.
“Kita perlu memikirkan pendekatan yang inovatif untuk menyampaikan mesej kita kepada golongan sasaran tertentu. Ini memerlukan kemahiran dalam menganalisis kehendak golongan sasaran dan menyediakan mesej bersesuaian buat golongan itu,” katanya semasa merasmikan seminar ‘Peranan Media Baharu Memerangi Persepsi Keganasan’ di sini, hari ini.
Turut hadir Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SMKM) Datuk Seri Dr Halim Shafie dan Ketua Pengarah Jabatan
Hal Ehwal Khas (JASA) Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.
Salleh menarik perhatian bahawa usaha memperkasa golongan majoriti senyap penting bagi meningkatkan tahap literasi media dan digital agar rakyat khususnya golongan muda menolak propaganda puak ekstremis dalam media sosial.
Beliau berkata apabila pemimpin negara dilemparkan dengan pelbagai tuduhan yang tidak berasas, isu itu terus dimanipulasi dalam media sosial walaupun pencerahan demi pencerahan dibuat dan pelbagai bukti dikemukakan.
Persepsi masyarakat amat sukar diubah kerana adanya asakan persepsi yang menular selain persepsi negatif terhadap kepimpinan negara
dan kerajaan, yang dilihat seolah-olah tertanam dalam kalangan mereka khususnya pengguna media sosial.
“Saya selalu mengingatkan masyarakat supaya sentiasa menilai dengan penuh berwaspada apa jua maklumat yang diterima dan disebarkan melalui pelbagai medium media sosial.
“Usahlah sebarkan maklumat yang kita sendiri tidak pasti kesahihan dan sumbernya…janganlah terlalu mudah terpengaruh dengan mainan dan manipulasi pihak-pihak tidak bertanggungjawab khususnya dalam perkara yang boleh menggugat kestabilan, keselamatan dan keharmonian negara,” katanya.

27 Oct 2015

13 Billion bakal rancakkan ekonomi penduduk Sabah dengan terbina nya lebuhraya tanpa tol Pan Borneo 2016

Aku masih lagi teringat dan terfikir akan bajet 2016 yang baru di bentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia pada jumaat yang lalu. Ianya memberikan aku sedikit persoalan yang bermain-main di kota fikiran saya samada ianya hanyalah angan-angan kosong ataupun cuma kata-kata yang menyedapkan sesiapa yang mendengarnya.!!!.

Pada masa sekarang dengan menggunakan jalan raya yang sedia ada dari Daerah Kudat menuju ke daerah Tawau mengambil masa lebih kurang 12 jam masa perjalanan. Ianya begitu menyukarkan dan membuang masa tetapi apa kan daya hanya itu sahaja jalan terdekat  yang ada. 

Pengumuman baru-baru ini membuatkan aku begitu teruja dan sangat terkejut dengan keperihatinan dan perhatian kerajaan pusat kepada Negeri Sabah. Mana tidaknya sejumlah 13 billion ringgit telah di peruntukkan untuk Sabah dalam pembinaan jalan raya yang menghubungkan TAwau dan  Kudat di utara Negeri Sabah. Dengan siapnya nanti ianya dapat mengurangkan masa perjalanan dari 12 jam kini dan 5 jam sahaja apabila ianya siap nanti.

Di fahamkan juga semua tenaga kerja dari kumpulan profesional sehinggakan ke kumpulan sokongan dan pekerja bawahan adalah di wajibkan di berikan kepada orang Sabah  Sahaja. Bayangkan saja jika bermulanya projek ini, anak-anak watan Sabah akan mendapat pekerjaan yang berpendapatan tinggi, kontractor-kontractor tempatan akan mendapat kerja ledakan ekonomi akan berlaku dengan serta merta.

Dengan adanya dan siapnya Lebuh raya Pan Borneo ini nanti ianya akan memberikan suntukan ekonomi kepada penduduk setempat, memberikan peluang perniagaan kepada penduduk-penduduk yang tinggal di pinggir-pinggir jalan tersebut.

Bayangkan saja jika 13 billion di belanjakan di dalam Negeri Sabah, Apa kah impak dari segi ekonominya. Berapa orang Sabah yang akan mendapat manaffat dari pada projek tersebut.

Apapun ini adalah usaha kerajaan Sabah terutama pemimpin tertinggi negeri Sabah dalam memastikan segala keperluan rakyat di penuhi, mungkin sahaja ada permintaan dari rakyat yang tercicir  tetapi percayalah Kerajaan Sabah akan sentiasa memastikan rakyat sentiasa selesa dan berpuashati dengan apa yang kerajaan telah laksanakan.

Salam dari Bumi Balung.. "Semuanya ada di Balung"

Tiada harapan Pas sertai Pakatan Harapan

abadul-hadi-awang-2
MO, KUALA LUMPUR,27/10/2015 – Pas akhirnya mengesahkan pendirian bahawa mereka tidak akan menyertai Pakatan Harapan setelah lama menjadi pertanyaan ramai pihak.
Malah, Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menggunakan analogi bas ekspres yang telah tersasar hala tujunya sebagai kiasan untuk menjelaskan Pakatan Harapan.
“Kita tidak ada harapan, tidak ada harapan … dengan harapan yang tidak sampai destinasi, macam saya sebutkan tadi ‘naik bas ekspress nak pergi Kuantan, jalan ke Kuala Lipis, mana boleh sampai,” katanya sambil ketawa apabila diminta mengulas berkenaan keputusan kerjasama antara Pas dan Pakatan Harapan.
Malah, Abdul Hadi turut menyatakan parti itu akan terus menjadi pembangkang yang beradab dan bertanggungjawab terutama berkaitan kebajikan rakyat.
Tambahnya, PAS akan bekerjasama dengan semua parti tidak kira Barisan Nasional (BN) mahupun parti-parti pembangkang dalam isu-isu berkaitan rakyat.
“PAS akan terus menjadi pembangkang, bukan yang menyerang tetapi memberi penerangan. Contohnya Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), Pas tidak bersetuju dengan GST dan Pas ingin mencadangkan apakah alternatif untuk menampung hasil kerajaan selain GST. Kita ada cadangan kita.
“Termasuklah penurunan nilai mata wang, kita ada pendekatan kita bagaimana hendak menaikkan mempertahankan nilai mata wang kita,” katanya pada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Malah, katanya Pas lebih memelihara hubungan dengan rakyat dan bukan sahaja dengan ahli-ahli Parlimen.
“Ini sikap kita dalam menangani dalam sebuah parti pembangkang, kerana kita lebih memelihara hubungan dengan rakyat bukan dengan ahli-ahli Parlimen sahaja.
“Kita telah mengadakan Kongres Rakyat ini menjadi landasan kepada kita untuk bergerak dalam membela rakyat,” katanya.
Ditanya mengapa Pas tidak mengangkat sepanduk yang berbunyi ‘Mana RM2.6 bilion?’ seperti yang dilakukan ahli Parlimen pembangkang yang lain ketika pembentangan Bajet 2016 oleh Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini, Abdul Hadi menegaskan Pas bukanlah parti yang menunjukkan perasaan di jalanan sebaliknya sebuah parti yang penuh beradap dalam membangkang.
“Kita ahli-ahli Parlimen bukan kita tunjuk perasaan jalanan. Saya sudah sebut tadi, kita jadi ahli Parlimen yang beradap. Membangkang yang beradab,” tambah Abdul Hadi.-AstroAwani

Lebih banyak program impak tinggi bangunkan bumiputera

rakyat post
MO,KUALA LUMPUR 27 /10/2015- Agensi-agensi kerajaan telah diminta merancang lebih banyak program berimpak tinggi kepada pembangunan ekonomi bumiputera dan negara dengan meminimumkan kos operasi.
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah yang membuat gesaan ini berkata, perancangan itu penting untuk program transformasi yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan bagi membantu golongan bumiputera.
“Kita perlu meneroka. Menerusi penyelidikan dan pembangunan (R&D) kita mampu membawa Bumiputera berada di paras yang sepatutnya. Kita perlu cipta kemampuan kita, jangan lagi sentiasa berharap pada orang lain,” katanya ketika berucap pada acara lawatan pertamanya ke Menara Perbadanan Nasional Berhad (PNS) di sini, hari ini.
Ahmad Husni memberi contoh peranan besar yang dimainkan oleh PNS telah berjaya mewujudkan ramai usahawan bumiputera yang mempelopori banyak bidang francais di negara ini.
Kejayaan itu, katanya, merupakan lonjakan baharu kepada usahawan bumiputera khususnya kaum Melayu pada hari ini untuk terus berdaya saing dan setanding dengan kaum lain.
Menteri Kewangan II itu juga meminta usahawan Bumiputera supaya mengambil peluang untuk mengadakan lebih banyak hubungan dengan usahawan-usahawan yang berjaya dan menimba ilmu sebanyak mungkin daripada mereka.
“Harapan saya semoga kita semua sedar, kita punyai banyak peluang terbuka, tetapi kita tak menggunakannya dengan baik. Gunakan pengalaman kejayaan orang lain sebagai pendorong kepada kita,” kata Ahmad Husni.
Hadir sama pada lawatan itu ialah Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hamzah Zainuddin; serta Pengerusi PNS, Datuk Seri Syed Ali Al-Habshee bersama lebih 200 warga kerja PNS. – Bernama

25 Oct 2015

Bajet 2016- Sabah tetap keutamaan Pucuk Pimpinan Tertinggi Negara.



Siapa bilang sabah tak di berikan perhatian khas dari pucuk pimpinan Barisan Nasional sempena bujet 2016 yang baru di umumkan oleh Perdana Menteri Malaysia. 

1) Pembinaan lebuhraya Pan Borneo sepanjang hampir 700 km menghubungkan Daerah Kudat,Tawau dan semua daerah-daerah yang ada di Tawau. Ianya menelan kos hampir 13 billion. Dengan bermulanya projek ini pada tahun hadapan ianya akan memberikan peluang pekerjaan kepada anak-anak Sabah termasuk dalam golongan Profesional dan sebagainya. Ianya di anggarkan dapat mewujudkan hampir ribuan perkerjaan kepada anak-anak Sabah.

Bersambung.........

BAJET 2016: KELEBIHAN PENJAWAT AWAM YANG TIDAK DISEDARI


Sebelum anda meneruskan bacaan penting mengenai manfaat yang diterima oleh penjawat awam tahun ini, saya ingin mengemukakan satu soalan kepada anda, sudahkah anda membaca Bajet Opposisi?. Salah satu yang terdapat di dalamnya ialah mengurangkan GST bukannya menghapuskan GST. Kedua, Bajet Opposisi juga mencadangkan bantuan wang tunai, tiada beza dengan BR1M. Maknanya, opposisi sekarang dalam erti kata lainnya telah menerima GST dan BR1M.
 
Baiklah tadi adalah intro iklan. Tahukah anda, Bajet 2016 yang baru dibentang juga memberi paling banyak manfaat kepada golongan B40 dan M40 terutama daripada aspek pelepasan cukai. Jika anda mengisi borang cukai pendapatan dengan tepat, maka kedua-dua golongan ini (B40 dan M40) akan menikmati pelepasan cukai yang sangat-sangat menarik. Saya tidak hairan jika mereka diberi pelepasan daripada membayar cukai pendapatan !

Manakala, golongan R20 kenalah membayar cukai kerana mereka adalah golongan yang mempunyai pendapatan yang tinggi.

M40 : Golongan M40 iaitu mereka berpendapatan antara RM3,860 hingga RM8,320 dengan semakan semula had pelepasan cukai. Buat julung kali, pelepasan cukai terkumpul diberikan kepada anak yang menyara ibu bapa berusia 60 tahun ke atas dan memiliki berpendapatan tidak lebih RM2 ribu ringgit.

B40 : Golongan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40) adalah golongan yang paling mudah terjejas dan memerlukan kestabilan pekerjaan serta peningkatan pendapatan bagi menampung kos pendidikan, kos pemilikan perumahan dan kos sara hidup,”.

Pemberian khas tersebut adalah kepada semua penjawat awam manakala kepada pesara ialah kepada pesara berpencen.

Ada orang bertanya, on top of 250 pesara also get 2%? Jawapannya Ya. RM250 adalah pemberian khas secara one offmanakala 2% ialah pelarasan yang diterima setiap tahun.

Bagi pemberian faedah 1 KGT (Kenaikan Gaji Tahunan) tersebut adalah tambahan kepada yearly increment yang diberi mengikut Tarikh Pergerakan Gaji (TPG) 1 Jan, 1 Apr, 1 Julai atau 1 Okt. Jika TPG kakitangan adalah 1 Apr 2016 maka pada 1 Julai akan menerima tambahan 1 KGT lagi. Maka pada 2016 kakitangan kerajaan seolah-olah menerima dua kali KGT !
 
Bagi menghargai Perkhidmatan Awam di Malaysia, atas segala sumbangan dan khidmat bakti kepada negara, Kerajaan bersetuju:

1 . Memberi faedah pemindahan gaji bersamaan 1 kenaikan gaji tahunan mengikut gred yang akan memanfaatkan 1.6 juta dengan peruntukan RM1.1 bilion.

2. Menambah baik sebanyak 252 skim perkhidmatan yang akan memanfaatkan 406 ribu penjawat awam. 

3 . Menetapkan gaji permulaan terendah dalam Perkhidmatan Awam kepada RM1200 sebulan yang akan memanfaatkan 60,000 penjawat awam.

4. Menetapkan kadar pencen minimum RM950 sebulan, melibatkan hampir 50,000 pesara awam dengan sekurang-kurangnya 25 tahun tempoh perkhidmatan.

5. Melantik tetap pegawai lantikan Contract of Service yang berkhidmat sekurang-kurangnya 15 tahun. Ianya memanfaatkan 10,000 pegawai kontrak.

Harapan saya, semoga kakitangan awam appreciate dan menyedari bahawa Kerajaan sentiasa menambah baik setiap tahun perkhidmatan awam di negara kita.

Semoga pada tahun hadapan, terdapat lagi penambahbaikan kepada penjawat awam, walau di mana anda berada.

Selamat Berhujung Minggu.

24 Oct 2015

Bajet 2016 - Pemerkasaan Bumiputera dalambidang keusahawanan dan pendidikan terus menjadi keutamaan

KUALA LUMPUR, 23 Okt – Pemerkasaan Bumiputera dalam beberapa sektor meliputi bidang keusahawanan dan pendidikan terus menjadi keutamaan agenda nasional kerajaan menerusi Bajet 2016.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2016 bertemakan ‘Mensejahtera Kehidupan Rakyat’ di Dewan Rakyat hari ini berkata, pemerkasaan itu turut merangkumi pembangunan masyarakat Bumiputera di Sabah dan Sarawak.
Di bawah keutamaan itu, sebanyak RM150 juta disalurkan kepada Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) untuk pelaksanaan pelbagai program termasuk Skim Usahawan Permulaan Bumiputera dan Program Syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi.
KUALA LUMPUR, 23 Okt -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan Bajet 2016 bertajuk 'Mensejahtera Kehidupan Rakyat' di Parlimen hari ini. -- fotoBERNAMA (2015) HAK CIPTA TERPELIHARA
Sejumlah RM150 juta juga diperuntukkan kepada Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera untuk melaksanakan program Peneraju Tunas, Peneraju Profesional serta Peneraju Skil dan Iltizam.
“Kepada Majlis Amanah Rakyat (MARA) pula diperuntukkan RM3.7 bilion, termasuk menaja pengajian 72,000 pelajar Bumiputera di peringkat pendidikan tinggi,” katanya.
Bagi memantapkan pemilikan ekuiti serta memperhebat keusahawanan dan peniagaan Bumiputera, Najib berkata beberapa peruntukan disediakan untuk tujuan itu.
Peruntukan itu adalah RM400 juta kepada Dana Ekuiti Nasional Berhad atau EKUINAS; RM250 juta kepada Perbadanan Usahawan Nasional Berhad; RM150 juta kepada Pelaburan Hartanah Berhad; dan RM100 juta sebagai pinjaman kepada UDA
Holdings untuk tujuan pembangunan Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Harap Menteri SKMM asal Sabah dapat realisasikan mekanisma terbaik untuk pengguna

KUALA LUMPUR, 23 Okt -Kementerian Komunikasi dan Multimedia,menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), akan berbincang dengan pihak kepentingan relevan dan memperhalusi mekanisme terbaik bagi pelaksanaan keputusan kerajaan berhubung tambah nilai prabayar telefon bimbit.
“Oleh kerana pelaksanaan mekanisme baharu itu akan hanya bermula pada 1 Januari 2016, buat semantara waktu, sehingga 31 Disember 2015, kaedah sama bagi bayaran GST akan digunakan, iaitu GST sebanyak 6 peratus akan dicaj kepada pengguna,” kata Menterinya Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak dalam satu kenyataan susulan pembentangan Bajet 2016 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.
Telekomunikasi

Semasa membentangkan bajet itu, Najib berkata pengguna Malaysia akan dibayar rebat bagi kad prabayar telefon bimbit yang bersamaan dengan amaun GST yang telah dibayar berkuat kuasa 1 Jan, 2016 hingga 31 Dis, 2016.
Mengulas tindakan kalangan anggota Parlimen pembangkang yang membawa poster ke dalam Dewan Rakyat sebagai tanda protes, Salleh berkata tindakan mereka itu “kebudak-budakan dan tidak matang”.
“Mereka bukan sahaja tidak hormat kepada Perdana Menteri tetapi juga tidak menghormati badan agung Parlimen. Kami bukan sahaja perlu mematuhi etika berpakaian di Parlimen tetapi juga dari segi tatalaku. Parlimen tidak patut dijadikan sebagai sarkas,” katanya.-MediaUMNO

UMNO Bahagian Dikehendaki Adakan Ceramah Kupasan Bajet 2016 Dua Kali Sebulan, UMNO Tawau Bila?

KUALA TERENGGANU, 24 Okt – Jawatankuasa Penerangan UMNO bahagian dikehendaki mengadakan ceramah dan kupasan mengenai Bajet 2016 sekurang-kurangnya dua kali setiap bulan.
Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan berkata untuk itu, ketua penerangan Umno bahagian, puteri, wanita dan pemuda di peringkat bahagian perlu menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi memberi penjelasan tentang Bajet 2016 agar ia dapat difahami semua lapisan masyarakat.
“Semuanya (mengenai bajet 2016) ada dalam surat khabar hari ini, tetapi tidak semua yang membaca dan memahami apakah tema ‘Mensejahterakan Kehidupan Rakyat’ dalam Bajet 2016. Maka itulah peranan penceramah-penceramah ini dalam memberi kupasan dan pemahaman kepada rakyat.
“Sebagai contoh, rakyat rasa gelisah bila GST (Cukai Barang dan Perkhidmatan) dilaksanakan, tapi rupa-rupanya GST menjadi penyelamat kepada kewangan negara. Jadi kupasan secara terperinci sebegitu perlu diterangkan kepada rakyat di peringkat bawah,” katanya.
KUALA NERUS, 24 Okt --  Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri merangkap Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan berucap merasmikan Dailog Isu Nasional (DIN) UMNO Kuala Nerus hari ini. -- fotoBERNAMA (2015) HAK CIPTA TERPELIHARA
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Pertandingan Pidato Umno peringkat Zon Timur di Wisma Darul Iman di sini hari ini.
Ahmad berkata pihaknya mempunyai peruntukan untuk mengadakan ceramah kupasan bajet 2016 dan ia akan berkuat kuasa secepat mungkin.-MediaUMNO

23 Oct 2015

BAJET 2016 : Lebuhraya pertama iaitu Lebuhraya Pan Borneo di Sabah dan Sarawak akan bebas daripada bayaran tol.


BAJET 2016 : Kerajaan akan bina tambahan lagi 30 Sekolah Rendah, 27 Sekolah Menengah, 4 MRSM dan 5 SBP


BAJET 2016 : Kelajuan intenet luar bandar akan ditambah kelajuan 5 kali ganda daripada 5 Mbps kepada 20 Mbps


Pengguna pra-bayar telco warga Malaysia akan dapat kembali rebat bersamaan dengan amaun GST yang dibayar, dikredit terus mulai 1 Januari 2016 hingga 31 Disember 2016.

Pengguna pra-bayar telco warga Malaysia akan dapat kembali rebat bersamaan dengan amaun GST yang dibayar, dikredit terus mulai 1 Januari 2016 hingga 31 Disember 2016.

Gaji minimum Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan dinaikkan kepada RM920 bagi semua sektor kecuali perkhidmatan domestik/pmbantu rumah


Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama bagi individu yang belum memiliki rumah

Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama bagi individu yang belum memiliki rumah. Melalui skim ini, kerajaan akan membantu individu yang belum pernah memiliki rumah bagi mendapatkan bantuan deposit perumahan



Pendapatan bulanan RM3,000 ke bawah, BR1M ditingkatkan daripada RM950 kepada RM1,000


Penambahan 500 unit Rondaan Bermotosikal PDRM & 500 unit kereta peronda dgn peruntukan keseluruhan RM35 juta


Membina 5,000 unit rumah PR1MA & PPA1M di 10 lokasi sekitar stesen & koridor LRT serta monorel


TEKUN sediakan RM600 juta yang meliputi RM500 juta untuk usahawan Bumiputera dan RM100 juta untuk 10,000 usahawan India


Bantuan persekolahan RM100 tetap diteruskan


Tema Bajet 2016:  Mensejahtera Kehidupan Rakyat


Bantuan persekolahan RM100 tetap diteruskan. Bagaimanapun ia dikhususkan kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah

Lima Tunjang Atau Strategi Utama Bajet 2016

Tumpuan utama kerajaan dalam Budget 2016 adalah menumpukan usaha mengukuhkan daya tahan ekonomi negara, mengurus impak kelemahan luaran serta melindungi kesejahteraan rakyat

Lima Tunjang Atau Strategi Utama Bajet 2016 

1Memperteguh ketahanan ekonomi negara Meningkatkan produktiviti, inovasi dan teknologi hijau Mempersiaga modal insan Memperkasa agenda bumiputera Meringankan kos sara hidup rakyat

Pautan Sumber: mysumber.com

18 Oct 2015

Situasi “Menang-Menang” Dalam Kenaikan Harga Tol

Sebaik sahaja kerajaan mengumumkan kenaikan harga tol yang bakal berkuatkuasa pada 15 Oktober 2015, berbagai-bagai persepsi dan tohmahan negatif yang diterima. Mereka kata minyak naik, tol pun nak naik dan paling tidak enak, pertanyaan ‘pedih’ tak cukup lagikah wang GST?
Sementelah ada yang mengutuk kerastol pengundi kerajaan Barisan Nasional dengan menyelar mereka bodoh kerana mengundi kerajaan.
Soalnya, adakah sekiranya parti Pakatan Rakyat atau pihak pembangkang menjadi kerajaan boleh menjamin mereka tidak akan menaikkan harga tol, minyak dan mengenakan cukai GST?
Tidak terfikirkah kita berkemungkinan berada di bawah kerajaan yang dinaungi parti pembangkang keadaan menjadi lebih teruk lagi, apatah lagi dengan ketiadaan pengalaman mengemudikan negara?
Masyarakat perlu memahami konsep perjanjian konsesi lebuh raya di Malaysia. Hakikatnya, lebuh raya di Malaysia adalah nadi yang menghubungkan kehidupan.
Malah terdapat 31 lebuh raya dibina sehingga kini sejak negara mengecapi kemerdekaan. Sebagaimana yang kita maklum bahawa hampir 90 peratus lebuh raya di Malaysia dimiliki oleh syarikat swasta dan GLC.
Kerajaan telah menganugerahkan konsesi dengan hak eksklusif kepada mereka untuk membina, mengendali dan menyelenggara lebuh raya bagi tempoh konsesi yang dipersetujui.
Ini adalah salah satu bentuk Public-Private Partnership yang dipelopori oleh pihak kerajaan sejak zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad lagi.
Perkara ini dilakukan kerana terdapat kekangan dalam isu perbendaharaan negara apalagi pembinaan infrastruktur menelan perbelanjaan yang besar.
Memandangkan kerajaan mempunyai tanggungjawab membiayai dan membina kemudahan insfrastruktur maka ia perlu melantik pihak swasta melaksanakan pembinaan jalan raya atau lebuh raya dengan terma syarat konsesi yang dipersetujui.
Malaysia, seperti kebanyakan negara lain di dunia perlu mengimbangi perbelanjaan perbendaharaan negara mengikut keperluan seperti pembangunan infrastruktur dengan keperluan asas lain seperti subsidi kesihatan dan pendidikan.
Walaupun pembangunan infrastruktur mempunyai kesan positif ke atas ekonomi negara, adalah tidak efisien bagi kerajaan untuk memberi peruntukan yang besar daripada perbendaharaan negara ke arah penyediaan infrastruktur.
Namun begitu, dana pembangunan projek-projek infrastruktur yang menelan belanja bilion ringgit ini boleh disediakan oleh pihak kerajaan dengan kutipan cukai pada kadar yang lebih tinggi.
Tetapi, ia bukanlah sesuatu perkara yang mudah untuk dilakukan oleh kerajaan kerana sudah pasti kenaikan cukai ini akan mendapat tentangan dari rakyat.
Jadi, majoriti negara di dunia ini telah menyedari bahawa pihak kerajaan secara sendirian tidak akan dapat menyediakan peruntukan yang besar bagi menampung kos projek pembinaan infrastruktur.
Atas dasar itu, kerajaan membuat tawaran kepada sektor swasta untuk membina lebuh raya di Malaysia.
Masalah yang dihadapi oleh sektor awam dan kelebihan yang dimiliki oleh sektor swasta boleh diselesaikan dengan mematerai sebuah perjanjian kerjasama bagi membolehkan sektor swasta dengan segala sumber yang dimilikinya menceburi industri penyediaan infrastruktur di Malaysia.
Pengguna jalan raya di Malaysia merungut apabila menghadapi kesesakan terutamanya pada waktu puncak tetapi apabila tindakan pembaikan dan naik taraf jalan dilakukan untuk mengatasi masalah kesesakan dilakukan, mereka bukan sahaja masih merungut tetapi menuduh kerajaan yang bukan-bukan tanpa memikirkan ia dikendalikan pihak swasta dengan kos yang tinggi.
Dalam usaha menyediakan kemudahan lebuh raya khususnya di kawasan bandar dalam mengelak kesesakan lalu lintas akibat pertambahan bilangan kenderaan yang menggunakan lebuh raya, pelbagai usaha menaik taraf dilakukan dan ia sudah pasti mengeluarkan kos tinggi.
Kutipan tol sedia ada hanya untuk menampung kos pembinaan lebuh raya tidak mencukupi untuk urusan naik taraf serta pengubahsuaian jalan bagi mengatasi kesesakan jalan raya.
Justeru, keselesaan menggunakan lebuh raya dengan kenaikan tol yang sedikit adalah ‘situasi menang-menang’ yang hakikatnya sentiasa kelihatan sukar diterima kenyataannya oleh masyarakat.
Huda Ellya ( Sumber )

17 Oct 2015

UMNO PARTI MISKIN ?, USUL UNDI TIDAK PERCAYA KE ATAS PERDANA MENTERI HANGAT-HANGAT TAHI AYAM

UMNO Parti Miskin ?
Usul: Bahawa Dewan ini mengemukakan undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak atas alasan penerimaan “Wang Derma” berjumlah RM2.6 billion yang pada mulanya dinafikan, kemudiannya mengugut untuk menyaman akhbar Wall Street Journal dan akhirnya mengakui wang tersebut diperolehi daripada individu yang berasal dari Timur Tengah.
Komen saya ialah, jika wang derma menjadi isu bagaimana pula wang derma yang diterima oleh parti-parti lain? Sehingga ke hari ini, belum ada parti-parti politik di Malaysia khususnya DAP, PKR, parti baru Amanah menyahut cabaran DS Najib supaya mereka turut sama mendedahkan derma yang mereka terima. Walaupun mereka berkata menyahut cabaran tersebut, tetapi ianya hanya hangat-hangat tahi ayam.
Saya tidak percaya mereka tidak pernah menerima derma atau sumbangan atau pemberian atau bantuan atau apa jua istilah untuk membantu mereka semasa PRU13 dan PRU yang terdahulu. Perlukah ditubuhkan sebuah lagi Pasukan Penyiasat Khas untuk menyiasat semua parti politik? Barulah adil dan saksama ! Tak kanlah hanya parti UMNO sahaja menerima derma politik ? 
SEBENARNYA derma yang diperolehi oleh UMNO melalui Presiden UMNO membuktikan betapa Presiden UMNO tidak menggunakan wang atau bajet daripada Kerajaan untuk kegunaan parti UMNO. Isu ini menunjukkan kredebiliti UMNO tidak menyalahgunakan kedudukannya sebagai peneraju kerajaan. Sebab itulah UMNO sebagai tunjang BN kena mencari dana sendiri untuk memenuhi kos partinya sendiri. 

Di USA, setiap calon Presiden USA akan menerima derma berbillion-billion USD untuk menghadapi pilihanraya. Mereka juga tidak gunakan wang kerajaan, mereka gunakan wang penderma.
Saya selalu berkata parti UMNO adalah parti yang miskin! Anda tidak percaya? Cuba anda buat satu kertaskerja di bahagian anda dan memohon kepada Ketua Bahagian atau wakil rakyat UMNO. Berapa anda dapat? Barangkali anda akan memperolehi separuh atau suku daripada permohonan anda atau barangkali anda langsung tidak mendapat apa-apa! Mengapa tidak dapat apa-apa? Kerana pemimpin-pemimpin UMNO sebenarnya bukanlah ada wang yang banyak. Walhal setiap hari rakyat memerlukan peruntukan pembangunan dan lain-lain masalah di kawasan masing-masing khususnya di luar bandar.
Mereka pula seringkali memarahi jabatan-jabatan kerajaan kerana lewat membantu rakyat di kawasan mereka. Kenapa mereka marah? Kerana mereka mahu kelulusan yang segera, walhal di dalam kerajaan terdapat banyak peraturan sebelum sesuatu peruntukan diluluskan.
Sama ada wakil rakyat UMNO atau wakil rakyat pembangkang memohon bajet kerajaan, ianya mestilah mengikuti peraturan kewangan yang telah ditetapkan, bukannya suka-suka meluluskan hanya kerana seseorang itu berstatus Yang Berhormat.
Adakah parti DAP yang menguasai Kerajaan Pulau Pinang dan Selangor mempunyai cara yang berbeza? 
Usul Hangat-Hangat Tahi Ayam
Usul seterusnya: "Dengan tidak menjelaskan mengapa “Wang Derma” ini dimasukkan ke akaun peribadi dan bukan atas nama parti, Dewan juga tidak berpuas hati ke atas siasatan skandal 1MDB yang berlaku di mana “Special Task Force” yang sepatutnya menyiasat skandal ini dibubarkan tanpa memberi sebarang alasan sehingga Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail ditamatkan perkhidmatan, pegawai SPRM dipindahkan, pihak polis mengganggu siasatan SPRM dan Bank Negara, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang sedang menjalankan siasatan terhadap kes 1MDB tidak berfungsi akibat daripada empat anggota PAC yang terbabit telah dilantik menjadi Menteri atau Timbalan Menteri oleh Perdana Menteri, Pengarah Cawangan Khas (SB) diberhentikan, Timbalan Pengarah Cawangan Khas dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri tanpa diberi tugasan.
"Disebabkan masalah yang dinyatakan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah menjejaskan imej Negara di dunia dan menyebabkan pelabur tidak yakin terhadap kerajaan sekarang sehingga ekonomi menjadi tidak stabil, serta pasaran saham menjunam teruk dan kejatuhan nilai wang ringgit Malaysia berbanding dengan dolar Amerika Syarikat.
"Maka rakyat Malaysia tidak lagi percaya terhadap perdana menteri dan dengan ini Dewan hendaklah mengambil ketetapan untuk mengemukakan undi tidak percaya terhadap perdana menteri.”
Ulasan saya ialah, siapa kata Pasukan Penyiasat Khas tersebut dibubarkan? Jabatan Peguam Negara berkata ianya tidak pernah dibubarkan. Manakala saya melihat siasatan itu terhenti kerana beberapa ahli PAC telah dilantik sebagai Timbalan Menteri. Ianya terhenti kerana Pengerusi PAC yang baharu belum dilantik, sebaliknya ianya baru sehaja semalam disebut MP Rompin bakal mengetuai PAC. 
Manakala Jabatan Akauntan Negara masih meneruskan siasatan dan dijangka menyiapkannya hujung tahun ini. Tidak berapa lama lagi pun, sekarang sudah pertengahan Oktober. Begitu juga pihak SPRM masih meneruskan siasatan mereka. 
Pendek kata, semua pihak sedang bekerja malangnya segelintir orang tidak sabar. Mereka sangat kelam-kabut, hanya Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang tenang dan tidak kelam-kabut menangani isu dana politik dan isu 1MDB. Sebab itu saya menulis dalam artikel sebelum ini, bahawa Lim Guan Eng ada ciri-ciri Perdana Menteri ! Silakan baca semula dalam label DAP.
Sikap pemimpin pembangkang yang sangat kelam-kabut menunjukkan kelemahan besar mereka. Bukankah Dr. Tan Seng Giaw, Timbalan Pengerusi PAC berkata jika kamu (Tony Pua) tidak mempunyai bukti, hanya bercakap sahaja, lebih baik tutup mulut. Sebab itulah, Tony Pua dan rakan-rakannya banyak berdiam diri sejak sebulan dua ini. 
Dan terbaharu, usul undi tidak percaya pun dilakukan oleh seorang Ahli Parlimen junior yang tidak ada kepakaran dan pengalaman dalam mengusulkan usul besar di Parlimen.
Kenapa bukan Ketua Pembangkang yang membawa usul tersebut? Baharulah nampak ada kesungguhan dan ada nilai!. Namun, ianya diusulkan oleh seorang ahli parlimen yang tidak ada apa-apa dalam politik nasional. Mereka buat ala kadar sahaja asalkan ada aktiviti untuk menunjukkan kepada rakyat Malaysia kononnya mereka sedang bekerja.  Mereka hanya hangat-hangat tahi ayam!
Bersambung isu perpindahan Datuk Saifuddin Abdullah ke PKR...
Selamat Berhujung Minggu.
Oktober 17, 2015. 
USA.
Sumber

Manfaatkan Semua Aplikasi Teknologi Terkini Untuk Menang Pilihanraya – Arvind Gupta

KUALA LUMPUR, 17 Okt – Ketua Biro Informasi Teknologi Pusat Parti Bharatiya Janata (BJP) India, Arvind Gupta berkata, parti politik yang ingin memenangi pilihanraya di negara masing-masing perlulah memanfaatkan kelebihan rangkaian teknologi masa kini dengan sebaik-baiknya.
Menurut beliau, teknologi yang wujud hari ini merupakan satu pemudah cara atau pun platform yang dapat mendekatkan sesebuah parti politik dan kepimpinannya bersama rakyat terbanyak di negara mereka.
“Contohnya seperti aplikasi whatsapp dan facebook di mana dua aplikasi ini boleh dikatakan digunakan oleh sebahagian besar rakyat di negara ini dan juga di seluruh dunia sebagai medium untuk berhubung dan menyampaikan maklumat antara satu sama lain.
“Mana-mana parti politik ingin memenangi pilihan raya serta ingin memperlihatkan parti mereka itu releven dengan teknologi masa kini, perlulah memanfaatkan sebaik-baiknya aplikasi aplikasi teknologi yang sudah tersedia ini yang amat berkesan dalam menyampaikan sebarang informasi dengan cepat dan meluas,”tegasnya.
Beliau berkata demikian ketika bercakap di forum Asean Conference On Woman In Politics anjuran Wanita Barisan Nasional (BN) yang bertempat di Dewan Merdeka PWTC di sini hari ini.
DSC_4636
Selain itu, beliau turut menggariskan lima perkara yang perlu dilaksanakan oleh parti politik dalam menjalankan kempen- kempen bagi menanamkan keyakinan rakyat terhadap parti politik mereka.
“Perkara yang pertama ialah manusia itu sendiri. Dalam politik, manusia merupakan perkara asas yang pertama untuk sesebuah parti politik mendekatkan diri dengan mereka yang bergelar pengundi mahupun ahli-ahli parti dan jentera yang merupakan nadi utama yang menjadi penggerak parti bagi melaksanakan kempen-kempen pilihanraya.
“Dalam usaha mendekati manusia-manusia ini, perkara kedua yang kita perlukan ialah platform atau pun medium yang akan kita gunakan untuk mendekati mereka dan di sinilah datangnya kepentingan aplikasi teknologi terkini seperti whatsapp facebook dan lain-lain.
“Perkara ketiga ialah data-data berhubung pengundi dan juga trend pengundian yang perlu kita kaji dan teliti. Yang keempat ialah dengan mengadakan program-program yang kreatif dan dapat menarik minat rakyat sama ada secara terus ataupun secara online,” jelasnya.
Manakala yang kelima menurut beliau inilah memikir dan melaksanakan strategi dari sudut komunikasi dan juga lain-lain seperti penjenamaan parti dan lain-lain lagi.
“Dan saya ingin menambah satu lagi perkara yang menjadi tambahan kepada lima perkara tersebut dan merupakan yang paling penting iaitu perlaksanaan. Tidak ada gunanya sebarang cadangan dan kertas kerja program yang baik dan menarik jika ianya tidak dapat dilaksanakan dengan baik.
“Perlaksanaan merupakan kunci kepada kejayaan sebuah parti politik di dalam kempen-kempen mereka. pelaksanaan ini amat penting untuk dilakukan dengan begitu teliti bagi memastikan kejayaannya.
“Ini kerana tidak ada guna bagi perancangan atau strategi yang baik tanpa wujudnya satu pelaksanaan yang berjaya untuk mencapai objektif dan matlamat sesebuah parti yang paling utama dalam kempen iaitu untuk memenangi pilihanraya di negara masing-masing,”ujarnya. -MediaUMNO

'Saya tidak serik untuk bantu polis'

Kajang 16 oktober 2015 BAPA mangsa culik Lee Kim Wen (kanan) memeluk
BAPA mangsa culik, Lee Kim Wen (kanan) memeluk Hanizan Mohamad Radzi yang menyelamatkan anaknyaselepas pemandu teksi itu dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Kajang, semalam.
KUALA LUMPUR 16 Okt. – “Saya tidak serik untuk membantu pihak polis dan orang ramai tanpa mengira kaum.”
Itu reaksi pemandu teksi, Hanizan Mohamad Radzi yang dibebaskan oleh pihak polis setelah ditahan bagi membantu siasatan penculikan kanak-kanak lelaki berusia lima tahun di hadapan sebuah tadika, di Sungai Chua, Kajang dekat sini, Jumaat lalu.
Hanizan, 42, yang menemukan semula kanak-kanak itu mengakui kesilapannya tidak membuat laporan polis lebih awal berhubung penemuan kanak-kanak tersebut menyebabkan dia ditahan pihak polis sebagai salah seorang suspek dalam kejadian penculikan tersebut.
Namun, dia amat berharap masyarakat tidak memandang serong dan tidak berasa takut untuk memberi kerjasama kepada pihak polis.
“Saya tidak menyesal menolong kanak-kanak ini walaupun kemudiannya saya ditahan polis, masyarakat seharusnya bekerjasama dengan pihak polis,” ujarnya ketika ditemui di lobi bangunan mahkamah Kajang dekat sini.
Menurut pemandu teksi itu, sepanjang tempoh penahanannya, pihak polis telah memberi layanan yang baik kepadanya.
“Alhamdulillah. Syukur saya dibebaskan dan terima kasih kepada keluarga saya yang memberi sokongan,” katanya.
Menurut laporan akhbar, Hanizan menemui kanak-kanak itu merayau seorang diri selepas kira-kira lapan jam dia diculik sebelum menghantarnya pulang ke rumah keluarganya di Kajang.
Walau bagaimanapun, keesokan harinya, dia ditahan oleh pihak polis bersama-sama tiga lelaki lain bagi membantu siasatan berhubung kejadian penculikan itu.
Namun semalam, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Mohd. Adnan Abdullah berkata, pihak polis membebaskan Hanizan selepas siasatan mendapati dia tidak terlibat dengan penculikan tersebut.
Menurutnya, pemandu teksi itu dibebaskan dengan bon di bawah Seksyen 49 Akta Prosedur Jenayah.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/saya-tidak-serik-untuk-bantu-polis-1.147421#sthash.7jjlxrGI.dpuf

Forum TPPA : Fakta, Isu dan Impak

DSC_0233
MO, Kelana Jaya, 16/10/2015 –  Satu forum penerangan khas berkenaan TPPA telah diadakan di Kelana Jaya Centre Point anjuran oleh Akademi Kepimpinan Kapten Hussein pada malam ini.
Penerangan khas itu disampaikan oleh Dato’ Seri Mustapa Mohamad , Menteri PerdaganganAntarabangsa  Dan Industri dan juga turut dihadiri oleh YB Khairy Jamaludin.
Forum yang bertajuk “ Fakta, Isu dan Impak “ dihadiri lebih dua ratus orang peserta dan bermula jam 8.30 malam dan diakhiri dengan sesi soal jawab bersama peserta.
IMG-20151016-WA0060
“ Trend sekarang ialah membuka pasaran. Contohnya China kini maju kerana telah membuka ekonomi kepada pelaburan.”
“ Benar semua dasar atau tindakan yang dibuat akan ada keuntungan dan kekurangan, bagi TPPA kita buat cost-benefit analysis.”, kata Dato’ Seri Mustapa.
IMG-20151016-WA0053
“ Kita telah dapatkan sesi-sesi input sejak 2010. Majlis penerangan sejak 2013 sudah 116 sesi, termasuk beberapa kali sesi dengan MP pembangkang.”
“Parlimen akan bahas dan putuskan dalam masa 3 bulan.”, ujar beliau.
Menurut beliau TPPA memberi faedah antaranya mengiktiraf dasar bumiputera, menaikkan taraf pendapatan dan Malaysia turut akan menjadi negara mesra pelabur.
Selain itu ia dapat menjaga alam sekitar dengan menguatkuasakan undang-undang sedia ada. TPPA juga mengiktiraf sijil halal Malaysia.
Jika tidak bersama TPPA pelabur asing mungkin tidak berminat untuk melabur di Malaysia termasuk pelabur dari Malaysia sendiri dan ini menyebabkan syarikat Malaysia  berasa bosan dengan suasana perniagaan dalam negara.
Namun, antara yang menjadi isu ialah syarikat swasta mempunyai hak untuk menyaman pihak kerajaan.-MO

14 Oct 2015

TLDM- "SEDIA BERKORBAN" Demi Keselamatan dan Kedaulatan perairan Pantai Timur Sabah.

Baru-baru ini saya telah mengikuti rombongan Menteri Pertahanan Malyasia YB Dato Sri Hishammuddin Tun Hussein untuk  ke (Sea Basing) Pangkalan Laut yang baru saja beroperasi beberapa bulan yang lalu. Perjalan dari pangkalan Tentera Laut yang berpangkalan di Semporna mengambil masa satu ke satu jam setengah  menuju kepangkalan tersebut. Sepanjang perjalan pelbagai perkara-perkara ataupun panorama indah dapat dilihat dan di saksikan sehinggakan saya  tidak  terasa akan masa perjalanan yang agak panjang pada saya yang agak baru  dalam hal sebegini.



Seperti yang kita sedia maklum Sea Basing ataupun Pangkalan Hadapan Tun Syarifah Rodziah merupakan yang pertama di dunia menggunakan pelantar minyak terpakai yang di berikan secara percuma oleh syarikat petroleum negara iaitu PETRONAS.
Setelah tiba dan meninjau akan keadaan di Pelantar tersebut hati begitu teruja dan bercampur dengan banyak persoalan yang bermain di pemikiran ku. Keadaan nya yang mungkin hanya suku padang bola sepak dan di kelilingi laut yang sangat luas menjadi tempat para anggota keselamatan kita berkawal sepanjang masa tanpa henti dan jemu demi untuk menjaga kedaulatan dan keselamatan Negara. Dengan cogan kata " SEDIA BERKORBAN "  yang di tanamkan di setiap pasukan dan anggota  telah menjadikan pasukan ini di segani dan di geruni oleh pihak lawan yang sentiasa mengintai akan kelemahan  bagi mencari peluang untuk menyusup masuk kedalam negara ini. 

Saya sempat berbual dan bertanya kepada seorang anggota yang sedang bertugas, Bosku, tidak rindu kah sama anak-anak dan keluarga? Anggota tentera itu menjawab dengan nada yang agak tegas , " Kalau cakap tak rindu memang bohonglah , kalau cakap tak ingat keluarga itu pun di kira bohong kerana setiap masa anak-anak dan keluargalah yang menjadi pembakar semangat untuk kami memberikan komitmen yang sepenuhnya dalam memastikan perairan negara sentiasa terkawal dan tak di cerobohi walau seinci pun oleh pihak lawan. Beliau menambah lagi " di dalam tentera kami sudah di latih untuk mengutamakan kepentingan negara dan kedaulatan negara sentiasa di utamakan". Dengan memegang senjata yang agak berat pada saya, dia mejawab sambil matanya memerhatikan keadaan sekeliling pelantar.


Apa pun inilah pengorbanan yang di lakukan oleh pihak TLDM, dalam kita bersenang -lenang bersama keluarga mereka tetap berjaga, didalam kita menikmati juadah yang mewah mereka minikmati makanan yang seadanya di tengah-tengah lautan, di dalam kita meluangkan masa di shoping complex mereka meluangkan masa memerhatikan perairan negara daripada di cerobohi. Itulah pengorbanan yang mereka telah dan tengah lakukan dan setelah saya berada dan melihat keadaan sebenar barulah saya mengetahui akan pengorbanan yang mereka lakukan demi memastikan orang-orang Sabah sentiasa nyenyak dalam tidur sentiasa bebas kesana dan kemari dalam menikmati hidup seharian. Sesuai dengan Misi dan Visi TLDM;

‘Melindungi Kedaulatan dan Kepentingan Maritim Negara’
Misi ini bermaksud “tugas khusus yang telah dipertanggungjawabkan kepada TLDM dalam menyedia dan mengatur gerak angkatan laut untuk memastikan keselamatan perairan negara semasa aman dan memastikan kemenangan ketika perang”.
Menjadi Tentera Laut Bertaraf Dunia’Visi ini bermaksud “TLDM berhasrat untuk menjadi sebagai sebuah angkatan laut yang sentiasa bersedia dalam aspek operasi, sumber manusia yang berkeupayaan dan pengurusan proses kerja yang cemerlang.

Adalah diharapkan para petugas TLDM dan semua anggota pasukan keselaman sentiasa di berikan perlindungan oleh allah S.W  di berikan kekuatan, diberikan ketabahan dalam menjalankan tugas yang penuh cabaran dalam memastikan perairan negara sentiasa bebas dari segala ancaman keselamatan.

Salam Maal Hijrah dari Bumi Balung.....
s